Harian Metro

Tiga pelancong maut

-

Sekurang-kurangnya tiga maut, manakala empat mangsa cedera apabila helikopter membawa pelancong di Arizona terhempas di Grand Canyon, hari ini.

AFP melaporkan, Ketua Polis Hualapai Nation,

Francis Bradley, berkata kemalangan berlaku sekitar 5.20 petang waktu tempatan di Grand Canyon Barat yang terletak di barat laut Arizona.

Media tempatan melaporkan nahas itu membabitka­n helikopter Eurocopter EC130 dengan syarikat pengendali­nya tidak diketahui dan ia dalam penerbanga­n membawa pelancong.

“Siasatan dijalankan,” kata Bradley sambil mengesahka­n tiada maklumat mengenai bagaimana tragedi itu berlaku.

Menurut Daily Mail, helikopter itu terhempas ke dalam jurang sedalam kira-kira 200 meter sebelum terbakar.

Dua wanita berusia antara 30-an hingga 40-an antara yang terselamat dalam kejadian itu. Agensi

 ??  ?? HELIKOPTER membawa pelancong yang terbakar selepas terhempas di Grand Canyon, Arizona. - Foto Agensi
HELIKOPTER membawa pelancong yang terbakar selepas terhempas di Grand Canyon, Arizona. - Foto Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia