Harian Metro

Nicol janji cipta kejutan

- Devinder Singh devinder@nst.com.my

Kuala Lumpur: Datuk Nicol David mungkin tidak diletakkan selaku pemain pilihan untuk memenangi acara perseorang­an wanita skuasy Sukan Komanwel tetapi itu tidak bermakna dia akan memperlaha­nkan langkahnya untuk melengkapk­an hatrik di Gold Coast, April nanti.

Pemenang emas temasya 2010 dan 2014 itu menduduki ranking lebih rendah berbanding pemain nombor empat dunia dari England, Laura Massaro tetapi berada di atas pemain ranking ke-8, Sarah-Jane Perry (England), Joelle King (No-9 - New Zealand) dan Alison Waters (No-10 - England).

Kedudukan itu bakal memastikan cabaran sengit buat Nicol yang menduduki ranking ketujuh dunia jika mahu muncul pemain pertama yang memenangi emas Sukan Komanwel buat kali ketiga berturut-turut.

“Saya tidak menjadi pilihan utama tetapi ia tidak melemahkan semangat saya,” kata Nicol, 34, ketika bercakap mengenai peluangnya untuk mempertaha­nkan emas.

“Saya tidak fikir ada jalan mudah. Saya pernah melakukann­ya sebelum ini dan daya masih mahu melakukan yang terbaik. Ia sesuatu yang saya akan kejar.”

Kali terakhir juara dunia

(gambar)

lapan kali itu memenangi kejohanan ialah di Jelajah PSA di Colombia, Mac tahun lalu dan hanya sekali layak ke separuh akhir kejohanan Siri Dunia.

Tetapi Nicol merasakan prestasiny­a sudah meningkat walaupun ia tidak dapat dibuktikan dengan keputusan di kejohanan yang disertainy­a setakat ini.

“Prestasi saya sudah meningkat dalam setiap kejohanan,” kata Nicol yang tewas di suku akhir Masters Saudi dan Kejohanan Juara-Juara setakat ini.

“Keputusan yang saya peroleh mungkin belum memihak kepada saya tetapi secara peribadi, saya dapat merasakan bahawa persembaha­n saya sudah semakin baik. Kini saya hanya perlu bermain secara konsisten.

“Saya rasa lebih baik dan sentiasa sedia mencabar. Saya bermain dengan positif dalam setiap perlawanan.”

Berbaki kurang dua bulan sebelum temasya Gold Coast, Nicol akan bermain di Terbuka Windy City di Chicago pada 22 hingga 28 Februari sebelum mengharung­i dua sesi latihan penuh bersama jurulatihn­ya, Liz Irving di Brisbane,

“Sepanjang dua bulan ini, saya perlu menyiapkan diri untuk Sukan Komanwel. Itulah tumpuan utama saya diikuti Sukan Asia dan Kejohanan Dunia,” kata Nicol.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia