Harian Metro

Eagle Johnson

-

Potter pula mencatat par 71 tatkala memulakan saingan di lubang 10 dan bermain tujuh lubang pertama dengan catatan tujuh di bawah par dengan lima birdie dan eagle.

Dia menambah empat lagi birdie selepas mendahului secara solo dan mencatat keseluruha­n pusingan 11 di bawah par. Dia memerlukan satu lagi birdie untuk melakar sejarah bagi melakukan 60 pukulan dalam sejarah Jelajah PGA Amerika Syarikat.

Bagaimanap­un, dia melakukan bogey berturut-turut untuk menamatkan saingan sembilan di bawah par 62 sekali gus berkongsi kedudukan dengan Johnson, 14 di bawah par

201.

Pada aksi pusingan terakhir, dia akan memulakan saingan bersama Johnson yang membuka tirai kalendar 2018 dengan menjuarai Pertanding­an Juara-Juara bulan lalu, selain bekas pemain nombor satu dunia, Jason Day dari

Australia.

“Saya bermula dengan baik. Biarpun bermain sangat baik di sembilan lubang terakhir dengan melakukan beberapa birdie yang baik dan melakukan putt dengan baik tetapi ada yang tidak masuk.

“Beberapa bogey yang saya lakukan adalah mengecewak­an. Tiupan angin memberi sedikit cabaran kepada saya. Apa pun, secara keseluruha­nnya saya bermain dengan baik, saya bertambah yakin menjelang aksi pusingan terakhir, esok,” kata Johnson.

 ??  ?? POTTER
POTTER

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia