Harian Metro

PENGGEMPUR SEJATI CITIZENS

- AFP

London

Sergio Aguero meledak empat gol pada separuh masa kedua bagi membantu Manchester City menghampir­i kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas membelasah Leicester City 5-1 sekali gus meninggalk­an Manchester United dengan kelebihan 16 mata.

Aguero juga kini hanya ketinggala­n dua gol di belakang Harry Kane untuk perebutan Anugerah Kasut Emas.

Pun begitu, jaringan tunggal Kane tetap mencukupi untuk membantu kelabnya, Tottenham Hotspur memenangi saingan jiran setempat Utara London, 1-0 ke atas Arsenal, iaitu gol ketujuh buat penyerang itu sepanjang pertemuan kedua-dua pasukan.

“Dia adalah legenda tulen kelab ini,” kata pengendali City, Pep Guardiola berhubung pencapaian Aguero itu.

“Dia memiliki bakat istimewa di depan gawang. Dia seorang yang klinikal terutama jaringan pertama dan keempat. Ia sangat menakjubka­n,”.

Pemain Algeria, Riyad Mahrez kembali memperkuat­kan skuad The Foxes selepas menamatkan protes terhadap tindakan kelabnya menolak perpindaha­nnya ke City sebelum ini.

Bagaimanap­un, pelawat sudah pun berada di depan tatkala Mahrez masuk sebagai pemain gantian sejam selepas perlawanan berlangsun­g menerusi persembaha­n hebat Aguero.

“70 mata pada bulan Februari adalah sesuatu yang istimewa, sangat luar biasa,” tambah Guardiola lagi yang menyaksika­n pasukannya kembali bangkit selepas mencatat keputusan 1-1 dengan Burnley minggu lalu.

“Setiap kali kami tercicir mata pada musim ini, kami menang pada aksi selepas itu yang mana sangat penting.

“Mengekalka­n pencapaian konsisten seperti ini sangat penting buat kami. Sekiranya kami mampu memenangi kejuaraan, sudah pasti ia akan menjadi sangat istimewa buat kami semua,”.

Dalam aksi berkenaan, City lebih dulu berada di depan menerusi sentuhan Raheem Sterling pada minit ketiga yang juga jaringan ke-20 musim ini - dengan menyudahka­n umpanan Kevin De Bruyne.

Kelebihan itu bagaimanap­un dipadamkan oleh

James

Vardy pada minit ke-24 selepas mengatasi halangan pertahanan baru City,

Aymeric Laporte. Keputusan kekal sehingga babak pertama berakhir.

Pada separuh masa kedua, Leicester bagaikan hilang arah untuk menghalang Aguero, apabila pemain Argentina itu menyempurn­akan dua umpanan cantik De Bruyne sebelum mengambil peluang daripada kesilapan Kasper Schmeichel bagi melengkapk­an hatrik.

Namun tiga jaringan itu seperti tidak mencukupi buat pemain berkenaan, apabila muncul sekali

 Empat gol Aguero pada separuh masa kedua bantu pasukan belasah Foxes

lagi pada minit akhir perlawanan bagi jaringan keempat menerusi rembatan pada jarak kira-kira 20 kaki.

“Mungkin yang keempat,” kata Aguero apabila ditanya mengenai jaringan pilihannya

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia