Harian Metro

Mahu anak buah lupa episod duka

-

yang dipamerkan anak buah Maniam terutama pada babak kedua perlawanan bagaikan dapat dihidu barisan pemain skuad Penyu apabila berjaya meledak tiga gol pada separuh masa kedua manakala satu jaringan lagi pada babak pertama.

Maniam yang sebelum ini dihimpit masalah padang, mengakui pemainnya gagal beraksi dengan baik selain membiarkan tuan rumah menguasai permainan.

“Secara keseluruha­n kita boleh nampak pemain tidak beraksi dengan begitu baik. Sebaliknya, Terengganu berjaya kutip tiga mata kerana mereka begitu kuat di jentera serangan sehingga menyukarka­n pemain kita, tahniah buat Terengganu.

“Tapi kita datang ke Terengganu bukan dalam keadaan tekanan biarpun memimpin liga. Cuma kita maklum kepada pemain supaya tetap berwaspada dengan ancaman lawan kerana mereka pasukan yang kuat.

“Bagaimanap­un kesilapan individu selain barisan pertahanan kurang kemas membuatkan kita gagal mengutip sebarang mata dalam perlawanan ketiga ini biarpun kami punyai import yang bagus seperti Rufino.

“Tapi malam ini (kelmarin) mereka tidak bermain dengan baik, namun kita masih ada masa untuk tingkatkan prestasi pasukan,” kata Maniam.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia