Harian Metro

Akhyar

- Rudy Syareme Sheriffudi­n sukanteam@nstp.com.my

 Gol tunggal pada minit ke-85 ketepikan PKNP FC

Penyerang cilik, Muhammad Akhyar Abdul Rashid menjadi wira Kedah selepas menghasilk­an gol tunggal yang membolehka­n skuad Lang Merah mengetepik­an cabaran PKNP FC di Stadium Negeri, semalam.

Akhyar meledak jaringan pada minit ke-85 hasil gerakan yang dijana dua pemain import, Andik Vermansah dan Pablo Pallares.

Kemenangan itu sekali gus menebus kekalahan 1-3 yang dianggap memalukan Kedah ketika bertemu Perak di Stadium Darul Aman, Rabu lalu.

Meskipun bermain di gelanggang lawan, skuad bimbingan ketua jurulatih, Ramon Marcote itu ternyata lebih menguasai permainan dan mula mengasak sejak wisel permulaan dibunyikan.

Kedah bagaimanap­un terpaksa berhempas pulas untuk mengatasi benteng pertahanan PKNP FC yang dibimbing Abu Bakar Fadzim.

(gambar)

Ramon ketika ditemui melahirkan rasa gembira apabila berjaya memungut tiga mata walaupun terpaksa menunggu hingga hujung permainan untuk menghasilk­an gol.

“Selepas tewas di tangan JDT dan Perak, kemenangan ini pasti menghadirk­an kegembiraa­n buat penyokong kami,” katanya.

 ??  ?? PEMAIN Kedah, Andik Vermansah (kiri) diasak dua pemain PKNP FC pada perlawanan di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang.
PEMAIN Kedah, Andik Vermansah (kiri) diasak dua pemain PKNP FC pada perlawanan di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia