Harian Metro

71 KORBAN PESAWAT TERHEMPAS

- AFP

 Pesawat Russia terhempas selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabang­sa Domodedovo

Pesawat Russia membawa 71 penumpang dan anak kapal terhempas di pinggir Moscow, tidak lama selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabang­sa Domodedovo, di sini, malam tadi.

Menurut laporan media Russia, pesawat Antonov An-148 itu adalah penerbanga­n domestik milik Saratov Airlines yang dalam perjalanan ke Orsk, di Urals apabila terhempas di daerah Ramensky, dekat Moscow.

Media Russia melaporkan pesawat itu membawa 65 penumpang dan enam anak kapal.

Saksi perkampung­an Argunovo dilapor memberitah­u, mereka melihat pesawat itu terbakar ketika jatuh.

Sumber agensi penyelamat Russia memberitah­u agensi berita Interfax, 71 orang dalam kapal itu tiada peluang untuk hidup.

Menurut laporan agensi itu, serpihan pesawat terbabit bertaburan dalam salji di kawasan yang luas.

Pasukan penyelamat masih belum dapat sampai ke kawasan nahas kerana terpaksa berjalan kaki berikutan salji tebal yang menghalang kenderaan.

Sumber di lapangan terbang Domodedovo, lapangan terbang kedua terbesar di Moscow menyatakan pesawat itu hilang dari radar, dua minit selepas berlepas.

 ??  ??
 ??  ?? SERPIHAN pesawat Antonov An-148 yang terhempas. - Twitter
MODEL Antonov An-148 milik Saratov Airlines. - Foto fail (Agensi)
SERPIHAN pesawat Antonov An-148 yang terhempas. - Twitter MODEL Antonov An-148 milik Saratov Airlines. - Foto fail (Agensi)
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia