Harian Metro

Tentera dituduh bunuh anak

-

Port Dickson: Seorang anggota tentera dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam, atas pertuduhan membunuh anak perempuann­ya, Nur Aina Nabihah, 9, pada 31 Januari lalu.

Tertuduh, Mohammad Abdullah Mohamed, 35, didakwa melakukan perbuatan itu di rumahnya di Jalan Vista Jaya 5, Taman Vista Jaya, Lukut, antara jam 8.30 malam hingga 11.30 malam.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman gantung sampai mati jika disabitkan kesalahan.

Bagaimanap­un, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh.

Pendakwaan kes dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya, A Ashwini, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 15 Mac depan untuk sebutan semula kes.

Sementara itu, isteri tertuduh berusia 34 tahun yang juga ibu tiri mangsa dibebaskan dengan jaminan mahkamah mengikut Seksyen 118 Kanun Tatacara Jenayah bagi dijadikan saksi pendakwaan kes berkenaan.

Akhbar sebelum ini melaporkan, buah pinggang rosak, usus terkoyak dan patah tulang rusuk antara punca kematian kanak-kanak perempuan itu yang dipercayai akibat didera bapa kandung dan ibu tirinya sebelum polis menahan kedua-duanya pada 1 Februari lalu.

 ??  ?? MOHAMMAD Abdullah dibawa ke Mahkamah Majistret Port Dickson, semalam.
MOHAMMAD Abdullah dibawa ke Mahkamah Majistret Port Dickson, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia