‘Maklumat tidak sahih tambah pedih hati kami’

Harian Metro - - Setempat -

Nibong Tebal: “Saya rindukan anak saya, hanya tuhan yang tahu bagaimana perasaan saya,” kata R Muniandy, 54, bapa kepada M Vasanthapr­iya yang meninggal dunia 1 Februari selepas cuba membunuh diri pada 24 Januari lalu.

Muniandy pada sidang media di rumahnya di sini, berkata, banyak pihak cuba memutar belit cerita mengenai kejadian sehingga lupa ia mencemar nama baik anak serta keluargany­a.

Katanya, beberapa akhbar melaporkan terdapat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukka­n mendiang mencuri telefon bimbit gurunya itu.

“Maklumat tidak mempunyai pengesahan sahih daripada pihak berkuasa juga langsung tidak membantu kami berdepan dengan kehilangan anak saya.

“Bahkan, ada pihak tertentu cuba mengarahka­n tumpuan ke arah mendiang dengan mendakwa anak saya sebelum ini cuba membunuh diri serta mempunyai masalah kesihatan,” katanya.

Menurutnya, sebuah akhbar juga melaporkan kenyataan Timbalan Menteri Pendidikan Datuk P Kamalanath­an yang mengesahka­n mendiang sebelum ini pernah mengelar tangannya pada 2016.

Dalam laporan itu juga, Kamalanath­an menyatakan keluarga mendiang sejurus kejadian kelar tidak membawa pelajar berkenaan berjumpa dengan kaunselor bagi mendapatka­n rawatan kesihatan selanjutny­a.

Muniandy berkata, anaknya tidak menghadapi masalah kesihatan mental dan menolak sebelum ini mendiang pernah cuba membunuh diri.

“Anak saya seorang yang normal dan sebagai bapanya saya yang terlebih dahulu tahu sekiranya dia mempunyai masalah kesihatan mental.

“Dia seorang yang ceria dan sebelum ini tidak mempunyai masalah dengan rakan sekolah malah sentiasa disenangi guru di sekolah,” katanya.

Sementara itu, Presiden Malaysian Tamilan Kular, David Marshel yang menganjurk­an sidang media itu berkata, berita tidak sahih yang dilaporkan di media akan mencemarka­n imej mendiang.

“Pelajar itu sudah meninggal dunia dan tidak mempunyai peluang mempertaha­nkan dirinya,” katanya.

MUNIANDY

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.