Harian Metro

Penakluk samudera

 Dua beradik kuasai sukan perahu layar catat nama di persada antarabang­sa

- Helmy Abd Rahman helmy_rahman@hmetro.com.my

Jika dilihat daripada zahirnya, dua beradik ini tiada beza dengan kanak-kanak dan remaja yang tinggal di kampung.

Namun sebaik melangkah masuk dan mengemudi perahu layar masing-masing, terserlah bakat dan keistimewa­an kedua-duanya sehinggaka­n orang yang tidak tahu apa-apa mengenai sukan itu turut terpesona dengan aksi mereka.

Mana tidaknya, Muhammad Faizzuddin Mohd Fouzi, 15, dan adiknya, Muhammad Fikri Aqil Mohd Fouzi, 11, dari Kampung Duyong di sini, bukan calang-calang dalam dunia sukan perahu layar di negara ini dan sering menjuarai pelbagai kejohanan baik dalam mahupun di luar negara.

Muhammad Faizzuddin berkata, terbaru dia muncul juara dalam kejohanan

Nongsa Point Regatta 2018 di Batam, Indonesia, Januari lalu dalam kategori optimis bawah 15 tahun.

“Tak tergambar perasaan gembira apabila menang kejohanan itu, lebih-lebih lagi ia bertaraf antarabang­sa dan disertai ramai peserta dari seluruh dunia.

“Segala penat lelah berlatih hampir setiap hari sejak saya berusia sembilan tahun ternyata berbaloi dan selepas ini saya harap dapat menang lebih banyak kejohanan,” katanya ketika ditemui di Pulau Duyung di sini, semalam.

Pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Tunggal di sini berkata, dia menanam cita-cita mewakili negara dalam sukan berkenaan dan bersaing di temasya sukan besar contohnya Sukan SEA, Sukan Asia dan seterusnya Olimpik.

Bakat yang ada pada Muhammad Faizzuddin ternyata turut dikongsi Muhammad Fikri Aqil yang pernah menjadi atlet perahu layar nombor satu negara bagi kategori bawah 10 tahun.

“Sekarang saya berusaha keras untuk muncul sebagai yang terbaik negara bagi kategori bawah 12 tahun pula,” kata murid tahun lima Sekolah Kebangsaan (SK) Duyong itu.

 ??  ?? MUHAMMAD Faizzuddin (kanan) dan Muhammad Fikri Aqil membuat latihan perahu layar di Sungai Kuala Terengganu.
MUHAMMAD Faizzuddin (kanan) dan Muhammad Fikri Aqil membuat latihan perahu layar di Sungai Kuala Terengganu.
 ??  ?? MUHAMMAD Faizzuddin (kiri) dan adiknya, Muhammad Fikri Aqil memakai jaket keselamata­n sebelum memulakan latihan.
MUHAMMAD Faizzuddin (kiri) dan adiknya, Muhammad Fikri Aqil memakai jaket keselamata­n sebelum memulakan latihan.
 ??  ?? MUHAMMAD Faizzuddin (kanan) membuat persediaan sebelum memulakan latihan.
MUHAMMAD Faizzuddin (kanan) membuat persediaan sebelum memulakan latihan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia