Harian Metro

Tak marah pun...

-

Kuala Lumpur: Pelakon, penyanyi, pengacara dan penyampai radio Zulin Aziz tidak menyangka video lakonan yang dimuat naik di Instagram kelmarin menjadi tular sekali gus membuatkan ramai salah faham.

Dalam video berdurasi satu minit itu, Zulin, 28, dilihat ‘memarahi’ orang yang menghina bentuk badannya.

“Saya sudah tulis di ruangan kapsyen video itu bahawa ia hanya gaya budak sekolah bergaduh.

“Tak sangka pula ada pihak salah faham dan menganggap saya benar-benar marah dan tujukan kata-kata itu kepada individu tertentu,” katanya kepada Harian Metro.

Zulin berkata, dia tidak berniat untuk mencari perhatian sebaliknya memang gemar memuat naik video parodi dan sebagainya.

“Kalau yang mengikuti Instagram saya, tentunya tahu saya gemar memuat naik video parodi dan sebagainya. Jadi, itu sebahagian daripada apa yang saya muat naik dan bukan niat saya untuk mencari perhatian dan sebagainya,” katanya.

Namun, Zulin bersyukur kerana tidak ada sebarang komen negatif yang diterimany­a, sebaliknya dia mendapat sokongan ramai.

“Ada beberapa individu yang menulis komen dan menganggap saya mewakili suara orang-orang berbadan besar. Saya lihat dari sudut positif dan itu mungkin memberikan semangat kepada mereka yang bertubuh seperti saya supaya tidak berasa rendah diri dan sebagainya,” katanya.

Di Instagram, video itu kini mencecah jumlah tontonan lebih 160,000 dan mendapat lebih 1,000 komen.

Video itu juga dikongsi beberapa portal hiburan di Twitter dan mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.

 ??  ?? VIDEO Instagram Zulin yang menjadi tular.
ZULIN
VIDEO Instagram Zulin yang menjadi tular. ZULIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia