Harian Metro

Kru lari kena gangguan mistik

 Cabaran dalam pembikinan filem Bidong: The Boat People

- Amirul Haswendy Ashari. haswendy@hmetro.com.my

Pengarah dan penerbit filem Bidong: The Boat People, Yusuf Kelana berdepan cabaran beberapa kru melarikan diri dari set penggambar­an filem itu di Kijal, Terengganu kerana terlalu tertekan dengan gangguan mistik.

Yusuf berkata, kejadian itu berlaku pada 2016 ketika mereka menjalani penggambar­an di sebuah jeti lama di Kijal.

Menurut Yusuf, empat kru filem berkenaan meninggalk­an lokasi penggambar­an dengan membawa sekali sebuah van serta peralatan penggambar­an.

Kejadian itu menyebabka­n Yusuf terpaksa membuat laporan polis.

“Bagaimanap­un, dua daripada mereka kembali bekerja selepas dipujuk. Dua lagi terpaksa digantikan dengan orang lain,” katanya.

Yusuf berkata, lokasi di jeti itu dipercayai ‘keras’ dan kru filem mendakwa kerap mengalami gangguan mistik.

Mereka juga berdepan masalah sama ketika menjalani penggambar­an di Pulau Bidong sehingga perlu mendapatka­n khidmat seorang ustaz.

Bagi mengelak kejadian itu, produksi terpaksa mengubah waktu penggambar­an di pulau itu pada sebelah siang saja.

Filem ini mengisahka­n seorang bekas pelarian Perang Vietnam yang pernah diletakkan di Pulau Bidong selama tiga tahun sejak 1978. Selepas 30 tahun, dia kembali ke pulau itu untuk melawat kubur suaminya.

 ??  ?? PELAKON serta kru produksi pada tayangan Bidong: The Boat People di e-Curve.
YUSUF
PELAKON serta kru produksi pada tayangan Bidong: The Boat People di e-Curve. YUSUF

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia