Altimet bersara cari cabaran baru

Harian Metro - - Setempat -

Kuala Lumpur: Komposer dan penyanyi rap, Altimet tetap tidak berganjak daripada keputusan untuk bersara dari dunia seni walaupun memenangi kategori Persembaha­n Terbaik menerusi lagu Amboi di Anugerah Juara Lagu-32 (AJL32), malam kelmarin.

Altimet atau nama sebenarnya Ahmad Abdul Rahman berkata, keputusan meninggalk­an statusnya sebagai penghibur dibuat bagi mencari cabaran baru.

Altimet sudah menyatakan hasrat untuk bersara sejak tahun lalu.

“Saya bersyukur dengan kemenangan ini namun ia tidak mengubah pendirian untuk bersara pada 27 November tahun ini.

“Keputusan ini dibuat selepas mengambil kira banyak aspek selain mencari cabaran baru. Boleh dikatakan setiap cabaran yang saya tempuh, hampir kesemuanya sudah dilunaskan.

“Cuma tinggal satu album istimewa yang bakal dilancarka­n hujung tahun ini sebelum memberi fokus kepada perniagaan pula,” katanya.

ALTIMET menyanyika­n lagu Amboi pada malam AJL32 di Axiata Arena.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.