Harian Metro

Lesen dimanipula­si sindiket perjudian

-

Kuala Lumpur: Lesen Pusat Hiburan Keluarga (PHK) dan Kedai Permainan Interaktif (KPI) yang dikeluarka­n pihak berkuasa tempatan (PBT) dimanipula­si sindiket perjudian bagi menjalanka­n kegiatan haram itu di seluruh Selangor.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd dalam kenyataann­ya kepada Harian Metro berkata, pihaknya mengesan beberapa sindiket perjudian berselindu­ng di sebalik lesen PHK yang kemudian disalah gunakan kumpulan terbabit bagi menganjurk­an aktiviti perjudian.

Menurutnya, pada 2017, PBT sudah disarankan supaya membatalka­n semua lesen PHK yang berunsur perjudian.

“Namun pada 2018, kerajaan negeri Selangor dan PBT tetap meneruskan pengeluara­n PHK. Selain itu, lesen baru yang menjurus kepada kegiatan perjudian seperti KPI turut dikeluarka­n.

“Premis PHK dan KPI ini dikesan menggunaka­n mesin simulator yang sememangny­a menjurus kepada permainan mesin judi,” katanya yang menegaskan tindakan berterusan dilakukan pihaknya bagi membantera­s kegiatan berkenaan.

Wan Ahmad Najmuddin berkata, Op Dadu Khas dilancarka­n pihaknya sejak September 2017 bagi memerangi kegiatan perjudian di seluruh negara termasuk di Selangor.

“Op Dadu Khas masih diteruskan pada tahun ini dengan menggunaka­n pelan strategik bagi mengesan dan mendakwa penganjur perjudian dengan tindakan mengikut Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA),” katanya.

 ??  ?? WAN Ahmad Najmuddin
WAN Ahmad Najmuddin

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia