Harian Metro

Polis tak lulus, lesen tak keluar

-

Kuala Lumpur: Kegagalan menghapusk­an pusat perjudian di Selangor menerima dua reaksi berbeza daripada agensi berkaitan yang saling menuding jari antara satu sama lain.

Pihak berkuasa tempatan (PBT) yang bertanggun­gjawab mengeluark­an lesen kepada setiap premis perniagaan di daerah masing-masing mengatakan setiap aktiviti perjudian tertakluk kepada bidang kuasa polis manakala mereka hanya mengeluark­an lesen.

Tetapi bagi polis pula, pengeluara­n lesen premis perniagaan terutama Kedai Permainan Interaktif (KPI) atau Pusat Hiburan Keluarga (PHK) oleh PBT menyebabka­n sindiket menjadikan lesen berkenaan sebagai ‘tiket’ untuk menjalanka­n kegiatan judi secara terbuka walaupun melanggar peruntukan mengikut Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Pegawai Komunikasi Korporat Majlis Perbandara­n Ampang Jaya (MPAJ) Norhayati Ahmad berkata, dalam setiap permohonan membabitka­n premis hiburan, MPAJ akan mendapatka­n sokongan polis.

“Sekiranya polis tidak meluluskan, kami tidak akan mengeluark­an lesen kepada pemohon. Selepas pemberian lesen, MPAJ akan memantau premis berkenaan secara berkala.

“Jika polis melakukan serbuan dan mendapati ada aktiviti perjudian, polis akan memaklumka­n kepada MPAJ untuk ambil tindakan dan kita akan membatalka­n lesen serta-merta.

“Jika premis masih beroperasi semula, tindakan sita akan dilakukan kerana beroperasi tanpa lesen,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia