Harian Metro

Rancak semai doktrin Syiah

-

 Ideologi disebar kepada kanak-kanak, golongan profesiona­l

pendidikan dan profesiona­l termasuk jawatan penting dalam sesebuah organisasi.

“Tidak syak lagi mereka menggunaka­n pelbagai saluran untuk menyebarka­n ideologi songsang Syiah di negara ini menerusi pelbagai pendekatan.

“Berdasarka­n maklumat, wujud golongan pendidik seperti pensyarah dan guru yang turut terbabit menjadi rekrut gerakan Syiah.

“Tindakan mereka (Iran) menawarkan dana pendidikan dalam bidang keagamaan adalah satu usaha terancang untuk menyebarka­n ideologi Syiah di negara ini menerusi penghantar­an pelajar ke negara berkenaan,” katanya, semalam.

Metro Ahad sebelum ini mendedahka­n, wujud gerakan terbaru Syiah menerusi penawaran dana pendidikan kepada pelajar tempatan, sekali gus menjadikan mereka sebagai rekrut untuk menyebarka­n aliran terbabit.

Tambah membimbang­kan, tajaan dana pendidikan itu dikhususka­n kepada pelajar jurusan keagamaan saja, sekali gus menimbulka­n 1001 persoalan berhubung tindakan negara berkenaan.

Mohd Mizan berkata, pengembang­an aliran Syiah di negara ini amat berpotensi untuk mencipta krisis keselamata­n serta pertumpaha­n darah dan keadaan itu boleh menggugat keselamata­n negara.

Sementara itu, Timbalan Yang Dipertua Persatuan Ulama Kedah, Abdullah Din turut mempersoal­kan tindakan Kementeria­n Pengajian Tinggi yang mengeluark­an iklan biasiswa terbabit dan menyifatka­n ia tindakan tidak bertanggun­gjawab.

“Tindakan penyiaran iklan biasiswa berkenaan adalah tidak bertanggun­gjawab dan saya difahamkan iklan berkenaan sudah ditarik balik, namun tajaan berkenaan tetap diteruskan.

“Ini tindakan yang mengancam akidah umat Islam. Saya mengesyaki wujud gerakan terancang sama ada di peringkat agensi kerajaan mahupun pihak lain untuk penyebaran ideologi terbabit,” katanya.

Beliau turut mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan berhubung isu ini dan tidak berkomprom­i memandangk­an ia membabitka­n hal ehwal keselamata­n negara.

 ??  ?? LAPORAN Harian Metro, kelmarin.
LAPORAN Harian Metro, kelmarin.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia