Harian Metro

SEMUANYA ‘LEBUR’...

-

keselamata­n sehingga akhirnya musnah terbakar.

Menurutnya, selepas sebulan berpindah ke pusat pemindahan di Dewan Fajar Harapan FELDA Sahabat, dia bersama penduduk lain dibenarkan pulang ke rumah masing-masing selepas keadaan disahkan selamat dan musuh berjaya ditumpaska­n sepenuhnya.

“Sebaik tiba di depan rumah...amat menyedihka­n apabila kediaman yang dibina hasil usaha saya bercucuk tanam hanya tinggal tiang.

“Alhamdulil­lah, selepas dua tahun peristiwa itu, saya menerima bantuan membina rumah dan syukur pada tahun 2015, rumah siap dibina di tapak yang sama untuk kami sekeluarga tinggal dalam keadaan selesa dan menjadi tempat berlindung dari panas serta hujan,” katanya.

Mengimbau peristiwa itu, Edie berkata, sebaik dimaklumka­n pengganas mula memasuki kampung, dia bersama keluarga terlebih duhulu melarikan diri ke Dewan Fajar

Harapan.

“Kami meninggalk­an semua barang di rumah kecuali dokumen penting kerana bimbang terserempa­k dengan pengganas. Mujur kami selamat tiba di pusat pemindahan dan berkampung di situ selama hampir sebulan,” katanya.

Tinjauan di Kampung Tanjung Batu baru-baru ini mendapati, keadaan kampung yang suatu ketika pernah kelihatan seperti padang jarak padang tekukur selepas perang, kini berubah apabila kebanyakan rumah yang dulunya musnah, dibina semula dan kelihatan lebih teratur.

Begitu juga keadaan keselamata­n di Tanjung Labian dan Tanjung

Batu yang kini berada pada tahap baik dengan penduduk kembali menjalani aktiviti harian seperti biasa.

Seorang lagi penduduk Kampung Tanjung Batu, Edris Abd Kahar, 55, berkata, rumahnya hampir musnah akibat pertempura­n antara pengganas dan anggota keselamata­n.

“Bumbung dan dinding bocor, manakala beberapa peralatan rumah rosak termasuk almari, televisyen, peti ais dan dapur kesan tembakan. Dengan bantuan kerajaan...Alhamdulil­lah kerosakan dibaiki namun

 Pekebun cerita detik tinggal sehelai sepinggang selepas rumah musnah susulan pertempura­n dengan pasukan keselamata­n

Lahad Datu: “Sebagai pesara polis dan kini anggota RELA (Jabatan Sukarelawa­n Rakyat), saya tidak pernah gentar berhadapan musuh (pengganas Kiram) yang cuba mengganggu gugat keamanan dan kestabilan bumi merdeka ini.

“Lebih-lebih lagi di tanah kelahiran saya di Tanjung Labian,” kata bekas anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 17, Lahad Datu, Koperal Abd Rahim KK Hain.

Abd Rahim, 62, antara anggota keselamata­n yang terpaksa mengeluark­an sedikit wang untuk membeli peralatan rumah dan pakaian,” katanya.

Menurutnya, ketika penceroboh­an pengganas, dia bersama isteri dan lapan anaknya meninggalk­an rumah selepas diarah berbuat demikian.

“Selepas diarah berpindah, saya bersama isteri dan lapan anak kami bergegas keluar dan menetap di Dewan Fajar Harapan bersama penduduk kampung.

“Namun, selepas lima tahun kejadian itu, hidup penduduk lebih tenang kerana pasukan keselamata­n sentiasa membuat rondaan. Penduduk di sini, menjalani kehidupan seperti biasa dengan aman,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia