Harian Metro

Tak gentar pengganas Kiram

-

terbabit menentang kumpulan pengganas Kiram yang menyelinap masuk ke Tanjung Batu selepas kubu penceroboh di Kampung Tanduo digempur pasukan keselamata­n melalui Ops Daulat pada 5 Mac 2013.

Menceritak­an peristiwa berkenaan, Abd Rahim berkata, dia bersama anggota PGA Batalion 17 berkubu di Pos Kawalan Tanjung Labian.

“Selepas Ops Daulat dilancarka­n oleh pasukan keselamata­n di Kampung Tanduo, kami mengetatka­n kawalan keselamata­n di Tanjung Labian.

“Pada pagi 6 Mac, kami diarah bersiap sedia kerana sekumpulan pengganas Kiram berada di Kampung Tanjung Batu sebelum kawasan berkenaan digempur pasukan keselamata­n,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

Abd Rahim berkata, kumpulan pengganas pimpinan Agbimuddin Kiram mencarinya ketika berada di Kampung Tanjung Batu kerana mengetahui dia adalah anggota polis.

“Penduduk kampung yang terselamat daripada pengganas di Kampung Tanjung Batu memberitah­u saya bahawa mereka (pengganas Kiram) mencari saya, tetapi saya tidak pernah gentar.

“Meskipun sudah bersara sebagai anggota PGA Batalion 17, Lahad Datu pada tahun 2014 lalu, saya tetap meneruskan perjuangan untuk menjaga keselamata­n khususnya di Tanjung Labian sebagai anggota RELA,” katanya.

Ditanya mengenai penubuhan RELA di

Tanjung Labian, Abd Rahim berkata, selepas bersara dalam polis, pada tahun

2015 hasil perbincang­an dengan Ketua Masyarakat Zon Labian, Asafal Alian, Pusat Khidmat Komuniti (PKK) RELA diwujudkan bagi membantu pasukan keselamata­n membuat pemantauan.

“Selepas berbincang dengan Asafal, kami sepakat untuk mewujudkan PKK RELA di kawasan laluan masuk ke Simpang Kampung Tanjung Batu. Saya sendiri mengetuai pasukan ini dengan kekuatan anggota seramai lapan orang,” katanya.

Menyambung cerita, Abd Rahim berkata, selepas lima

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia