Harian Metro

Punggung ditikam samseng jalanan

-

tahun berlalu pertempura­n antara pasukan keselamata­n dengan pengganas yang juga pengikut Jamalul Kiram III dari selatan Filipina yang mengaku Sultan Sulu serta mahu menuntut Sabah, keadaan keselamata­n di Tanjung Labian dan Kampung Tanjung Batu kini berada pada tahap yang baik.

“Penduduk kembali menjalanka­n aktiviti harian seperti biasa, malah ada dua pos kawalan pasukan keselamata­n di Tanjung Labian dan Kampung Tanjung Batu yang sentiasa menjalanka­n rondaan dan pemantauan,” katanya.

Sehubungan itu, beliau mengucapka­n terima kasih kepada kerajaan kerana sentiasa prihatin berkenaan tahap keselamata­n di Tanjung Labian serta membantu penduduk meneruskan hidup selepas banyak harta benda serta rumah mereka musnah diserang pengganas. Kuala Lumpur: Ditikam di punggung selain dibelasah teruk. Itu nasib dua beradik menjadi mangsa belasah samseng jalanan selepas mereka bertindak mengejar individu yang melanggar kereta dinaiki di Jalan Kuchai Maju di sini.

Dalam kejadian jam 1 tengah hari Sabtu lalu, kereta dinaiki kedua-dua mangsa dilanggar sebuah kereta yang membuat pusingan U secara mendadak hingga menyebabka­n kenderaan mereka dilanggar di bahagian belakang.

Sumber polis

berkata, mangsa kemudian bertindak mengejar kereta berkenaan yang melarikan diri sejurus kejadian.

Katanya, sebaik tiba di jambatan berhampira­n lokasi itu, salah seorang mangsa keluar dari kenderaan selepas berjaya menahan kereta itu di bahu jalan.

“Mangsa yang melihat kesan calar di bahagian bampar belakang kereta bagaimanap­un diserang tiga lelaki.

“Salah seorang daripada tiga lelaki terbabit bertindak menikam mangsa menggunaka­n pisau lipat di bahagian punggung kiri selain menumbuk dan menendangn­ya di seluruh badan,” katanya.

Menurutnya, suspek turut menumbuk mata adik mangsa hingga mengakibat­kan cermin matanya pecah.

“Kedua-dua mangsa masuk ke dalam kereta bagi mengelak terus dibelasah tiga lelaki terbabit sebelum melarikan diri.

“Mangsa kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Salak Selatan Baru, Cheras, di sini, berhubung kejadian langgar dan belasah itu,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? VIDEO tular mangsa dibelasah tiga lelaki di Jalan Kuchai Maju, Kuala Lumpur.
VIDEO tular mangsa dibelasah tiga lelaki di Jalan Kuchai Maju, Kuala Lumpur.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia