Harian Metro

Stesen JPJ pertama di R&R Dengkil

-

Dengkil: Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) membuka Stesen JPJ yang pertama di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Dengkil arah selatan bagi memastikan pemantauan dapat dijalankan secara berterusan dan menyeluruh.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Shaharuddi­n Khalid berkata, stesen berkenaan yang pertama dibuka dengan kerjasama PLUS Malaysia Berhad.

Beliau berkata, dengan ada stesen berkenaan, ia dapat menempatka­n pegawai dan anggota JPJ secara statik serta membuat rondaan mengikut masa ditetapkan.

“Pembukaan stesen JPJ ini menjadi pusat penguatkua­saan di lebuh raya bagi Zon Tengah dan kita rancang membuka dua lagi stesen sama di Zon Utara dan Selatan dalam masa terdekat.

“Dengan ada stesen ini, pengguna jalan raya boleh membuat aduan salah laku, memperbaha­rui lesen memandu dan cukai jalan, menyemak dan membayar saman. “Ia bukan saja dapat memudahkan pengguna jalan raya tetapi kerjasama dengan PLUS ini juga membolehka­n JPJ memberikan pertolonga­n atau bantuan awal sekiranya terdapat kemalangan di lebuh raya yang disebabkan pelanggara­n objek seperti serpihan tayar kenderaan dan muatan jatuh,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Stesen JPJ di R&R Dengkil (arah selatan) di sini, semalam.

Turut hadir, Pengarah Urusan PLUS Malaysia Berhad, Datuk Azman Ismail.

Sementara itu, dalam perkembang­an lain, Shaharuddi­n berkata, pihaknya juga akan membuat pemeriksaa­n tayar, lampu dan brek bagi bas sepanjang Ops Tahun Baharu Cina (TBC) yang diadakan dari 9 hingga 23 Februari ini.

 ??  ?? ANGGOTA JPJ membuat pemeriksaa­n berat kenderaan selepas perasmian stesen di R&R Dengkil.
ANGGOTA JPJ membuat pemeriksaa­n berat kenderaan selepas perasmian stesen di R&R Dengkil.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia