Harian Metro

Bayi mati akibat lahir songsang ‘Doula bukan bidan terlatih’

- Kalidevi Mogan Kumarappa, Asmah Rusman dan Mahaizura Abd Malik am@hmetro.com.my

Johor Bahru: Polis mengesahka­n punca kematian bayi perempuan yang baru dilahirkan di sebuah rumah di Taman Daya bukan disebabkan khidmat ‘doula’ atau pembantu seperti tular di media sosial.

Ketua Polis Johor Bahru Selatan (JBS), Asisten Komisioner Shahurinai­n Jais berkata, hasil siasatan lengkap dijalankan mendapati kematian bayi terbabit akibat lemas selepas dilahirkan yang dalam keadaan songsang.

Sehubungan itu, berdasarka­n tular bahawa doula yang menyebabka­n seorang bayi meninggal dunia ketika dilahirkan, pihaknya merujuknya kepada Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

“Siasatan lengkap sudah dijalankan berkaitan kes kematian seorang bayi perempuan yang meninggal dunia ketika dilahirkan di rumah.

“Pengadu dan isterinya menafikan bahawa mereka mengunakan apa-apa khidmat ‘doula’ ketika bayi mereka dilahirkan,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Katanya, pasangan itu mengesahka­n tiada mana-mana pihak atau individu yang menghasut dan mendorong mereka untuk melahirkan bayi di rumah.

“Berdasarka­n siasatan yang dijalankan oleh pihak polis, punca kematian bayi itu bukanlah disebabkan perkhidmat­an doula.

“Berkaitan tular isu doula berkaitan kes ini, ia akan disiasat dan laporan polis dirujuk kepada SKMM untuk tindakan susulan,” katanya.

Sebelum ini, polis Johor mengesahka­n sudah memulakan siasatan berhubung penularan berita bahawa kematian bayi yang baru dilahirkan yang pada mulanya disyaki berkaitan dengan amalan khidmat doula (pembantu ketika melahirkan anak) di rumah di Johor Bahru, baru-baru ini.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd mengesahka­n pihaknya menerima laporan polis berhubung kejadian itu dan turut menerima laporan polis dibuat wanita dipercayai doula terbabit.

“Memang ada keluar banyak kenyataan di Facebook (FB) berhubung kejadian ini dan wanita yang dikatakan doula itu juga ada membuat laporan polis menafikan tuduhan bahawa dia terbabit dengan kejadian yang menyebabka­n kematian bayi itu,” katanya.

Ketua Jabatan dan Pakar Perunding Kanan Obstetriks & Ginekologi, Jabatan Obstetriks & Ginekologi Hospital Sultanah Bahiyah, Datuk Dr Mohd Rushdan Md Noor berkata, proses kelahiran tempoh kritikal kepada bayi kerana inilah sempadan masa di antara kehidupan di dalam rahim yang disokong oleh ibu kepada kehidupan luar yang penuh cabaran dan memerlukan daya usaha sendiri untuk terus hidup.

Terdapat dua golongan ibu hamil iaitu ibu hamil berisiko tinggi (IHBT) dan ibu hamil berisiko rendah (IHBR).

“Ibu berisiko tinggi lebih mudah mengalami komplikasi kehamilan dan kelahiran termasuk kematian malah mereka perlu melahirkan anak di hospital serta mendapat penjagaan rapi.

“Ibu berisiko rendah pula tidak mempunyai masalah ketika hamil serta tidak mempunyai sejarah komplikasi kehamilan dan kelahiran yang lalu.

“Dalam banyak keadaan, agak senang untuk mengenal pasti IHBT tetapi sangat sukar untuk mengenal pasti IHBR kerana IHBR boleh bertukar menjadi IHBT pada bila-bila masa sama ada ketika hamil mahupun ketika proses kelahiran anak,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Menurutnya, terdapat banyak komplikasi kelahiran yang berlaku dalam tempoh singkat dan ibu boleh meninggal dalam masa beberapa minit jika rawatan awal lambat diberikan.

Mengulas mengenai khidmat doula, beliau berkata, individu berkenaan bukan dalam kalangan petugas perubatan berperanan sebagai peneman kepada ibu supaya ibu dapat ditenangka­n selain mengurangk­an tekanan ketika melahirkan anak.

“Doula bukanlah bidan terlatih dan tidak layak untuk menyambut kelahiran anak. Perlu diingatkan kehadiran doula bukan bererti kelahiran itu sudah dikira kelahiran yang selamat,” katanya.

Katanya, kajian di negara maju mendapati hampir 40 peratus daripada kes ibu melahirkan anak di rumah masih perlu dirujuk di hospital kerana komplikasi tanpa diduga.

Walaupun negara maju mempunyai sistem perkhidmat­an kesihatan lebih canggih, kakitangan yang mencukupi serta sistem rujukan yang cekap, hanya satu hingga dua peratus kelahiran berjaya dilaksanak­an di rumah.

“Apabila kita membaca kejayaan negara lain mengendali­kan proses kelahiran di rumah, perlulah kita menilainya dengan rasional dan melihat kelebihan yang mereka ada berbanding dengan kita.

“Kita tidak boleh mengambil bulat-bulat kejayaan mereka dan cuba mempraktik­kannya di negara kita yang mempunyai sistem, sumber manusia, infrastruk­tur dan kelengkapa­n berbeza termasuk aspek perbezaan kesedaran, tahap pendidikan dan budaya masyarakat,” katanya.

 Ibu berisiko tinggi mudah alami komplikasi

 ?? Dr Mohd Rushdan Md Noor ?? Doula bukanlah bidan terlatih dan tidak layak untuk menyambut kelahiran anak. Perlu diingatkan kehadiran doula bukan bererti kelahiran itu sudah dikira kelahiran yang selamat”
Dr Mohd Rushdan Md Noor Doula bukanlah bidan terlatih dan tidak layak untuk menyambut kelahiran anak. Perlu diingatkan kehadiran doula bukan bererti kelahiran itu sudah dikira kelahiran yang selamat”
 ??  ?? LAPORAN Harian Metro, semalam.
LAPORAN Harian Metro, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia