Harian Metro

Belajar buat kuih bakul melalui Internet

-

Kangar: Siapa sangka kuih bakul atau ‘Nian Gao’ yang menjadi makanan wajib bagi kaum Cina setiap kali menjelang Tahun Baru Cina mampu dihasilkan seorang wanita Melayu.

Menariknya, kuih bakul hasil air tangan Nani Maslina Sulaiman Najidi, 43, ini kini menjadi sumber pendapatan­nya selepas tindakan memuat naik hasil masak- kannya di Facebook dua tahun lalu mendapat permintaan yang ramai.

Katanya, lebih 1,000 kuih bakul terjual di sekitar negeri ini setiap tahun di mana ia turut dihasilkan pada musim perayaan Aidilfitri dan pada hujung tahun.

“Kebiasaann­ya pada Tahun Baru Cina, tidak ramai dalam kalangan masyarakat Cina yang membelinya. Kebanyakka­nnya orang Melayu tetapi di luar musim Tahun Baru Cina, ramai dalam kalangan orang Cina membeli serta membuat tempahan. “Sambutan kali ini sangat baik, jika tahun sebelumnya hanya sekitar 1,000

biji terjual, tahun ini kita sasarkan 2,000 biji terjual berdasarka­n permintaan yang kian meningkat,” katanya.

Terdapat dua jenis kuih bakul yang dihasilkan Nani iaitu kuih bakul daun pisang yang dijual RM15 setiap satu dengan berat 320 gram dan kuih bakul RM5 setiap satu dengan berat 160 gram.

Ditanya bagaimana beliau mahir menghasilk­an kuih bakul yang diperbuat daripada adunan tepung pulut, air dan gula ini, Nani berkata, dia belajar di

“Saya belajar menerusi carian di kira-kira dua tahun yang lalu. Saya belajar buat kerana mahu memenuhi keinginan suami, Che Mohamad Che Hashim, 43, yang ketika itu lumpuh separuh badan.

“Waktu suami minta itu di luar musim, mana ada orang nak jual, jadi saya cari dan belajar buat sendiri tidak sangka pula cubaan kali pertama ia menjadi,” kata ibu kepada empat cahaya mata berusia 6 hingga 19 tahun itu.

Nani berkata, ‘kejayaan’ menghasilk­an kuih bakul itu kemudian dimuat naik ke Facebook dan ia menjadi tular sebelum mendapat permintaan daripada seorang wanita hamil.

 ??  ?? NANI Maslina bersama Che Mohamad membuat kuih bakul yang ditempah orang ramai.
NANI Maslina bersama Che Mohamad membuat kuih bakul yang ditempah orang ramai.
 ??  ?? NANI Maslina menunjukka­n kuih bakul yang dibuatnya.
NANI Maslina menunjukka­n kuih bakul yang dibuatnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia