Harian Metro

Tarikan Simpanan Shariah

- Sri Ayu Kartika Amri kartika@hmetro.com.my

 KWSP yakin nilai caruman bertambah atas dorongan pengumuman kadar dividen mampan

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) optimis lebih ramai pencarum memilih Simpanan Shariah tahun ini didorong kadar dividen mampan yang diumumkan Sabtu lalu.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Datuk Shahril Redza Ridzuan berkata, sejak dilancarka­n Januari 2017, 700,000 pencarum bertukar kepada Simpanan Shariah dengan nilai caruman RM68 bilion.

Katanya, Simpanan Shariah menunjukka­n prestasi kukuh untuk pengisytih­aran dividen yang pertama dan membuktika­n prestasi aset syariah KWSP yang positif.

“Selepas KWSP mengumumka­n kadar dividen, pada keesokanny­a kami melihat kaunter KWSP di pantai timur didatangi orang ramai yang ingin bertukar kepada Simpanan Shariah. “Bagi tahun ini, kami menjangka nilai caruman mencecah RM100 bilion,” katanya pada taklimat media di sini, semalam. KWSP mengisytih­arkan 6.40 peratus kadar dividen untuk Simpanan Shariah dengan agihan RM3.98 bilion dan 6.90 peratus bagi Simpanan Konvension­al 2017 dengan jumlah agihan dividen RM44.15 bilion.

Shahril berkata, bagi jangka masa panjang pihaknya melihat pulangan Simpanan Shariah lebih kompetitif dan tidak jauh berbeza dengan Simpanan Konvension­al kerana mempunyai objektif dan strategi pelaburan yang sama.

Beliau berkata, kadar pulangan 6.4 peratus itu sebenarnya sangat baik dalam situasi penurunan harga minyak dan gas.

“Bagaimanap­un, pilihan di tangan pencarum sama ada mereka mahukan Simpanan Shariah atau Simpanan Konvension­al kerana objektif KWSP melindungi dan menambah nilai simpanan persaraan ahli kami,” katanya.

Setakat ini, ada 14 juta pencarum KWSP dengan nilai caruman dianggarka­n RM768 bilion.

Shahril berkata, bagi 2018, KWSP meluaskan pelaburan di luar negara dan negara dilihat berpotensi adalah Amerika Latin.

“Kami menyasarka­n pelaburan global meningkat 32 peratus berbanding 28 peratus tahun lalu dengan nilai pelaburan RM221.56 bilion,” katanya.

 ??  ?? SHAHRIL Redza
SHAHRIL Redza

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia