Harian Metro

Mudarat kerjaya anak seni

- Fazrik Kamarudin bhnews@bh.com.my

 PENGASIH anggap syor AADK, SENIMAN serbu lokasi penggambar­an agresif, kurang tepat

Langkah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) mahu mengadakan operasi di lokasi penggambar­an drama atau filem disifatkan Persatuan Pengasih Malaysia (PENGASIH) sebagai agresif.

Presidenny­a Datuk Mohd Yunus Pathi berkata, tindakan itu dianggap bukan keputusan tepat bagi membantera­s masalah penyalahgu­naan dadah dalam kalangan artis tanah air.

Katanya, jika ada penggiat seni yang tertangkap, ada kemungkina­n kerjaya seni dan masa depan mereka musnah.

“Saya bukan menyokong penggunaan dadah terutamany­a ganja dalam kalangan artis, tetapi lebih elok kalau mereka yang didapati positif ganja diberi kaunseling tanpa perlu dihadapkan ke mahkamah.

“Kalau kita lihat, proses bermula daripada ujian air kencing, tahanan di lokap, turun naik mahkamah. Ia satu proses yang panjang dan memakan kos tinggi.

“Lebih baik AADK gunakan pendekatan kaunseling dan berikan mereka rawatan sebagai pesakit, daripada membawa mereka ke mahkamah kecuali jika ia kes dadah berat sehingga membawa mudarat kepada orang lain.

“Saya kurang

bersetuju dengan serbuan dan operasi di lokasi penggambar­an, ia menjejaska­n pengeluar filem,” katanya selepas majlis penutup program Latihan Memperkasa Jati Diri Rumah Pengasih di sini, semalam.

Turut hadir Timbalan Yang Dipertua Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) Kebangsaan Datuk Mohd Suhaimi Abdullah.

Jumaat lalu, SENIMAN dan AADK bersetuju bekerjasam­a mengadakan operasi di set penggambar­an bagi membantera­s aktiviti penyalahgu­naan dadah dalam kalangan artis.

Setiausaha Agung SENIMAN Mohd Hafiz Mohd Nafiah berkata, gejala penagihan dadah dalam kalangan artis dianggap sudah ‘tahap kemuncak’. Justeru, langkah drastik perlu diambil bagi membersihk­an imej mereka.

Mohd Suhaimi berkata, golongan artis perlu sedar tindakan mereka sentiasa menjadi ikutan.

“Kita galakkan mereka (artis) menyertai PEMADAM, bersama-sama turun padang berkempen dan beri penerangan bahaya dadah,” katanya.

 ??  ?? MOHD Yunus (depan) mengimamka­n peserta program Latihan Memperkasa Jati Diri Rumah Pengasih di Bukit Tunku, semalam.
MOHD Yunus (depan) mengimamka­n peserta program Latihan Memperkasa Jati Diri Rumah Pengasih di Bukit Tunku, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia