Harian Metro

Cadangan diteliti selagi tak bercanggah undang-undang

-

Kuala Lumpur: Cadangan Persatuan Pengasih Malaysia (PENGASIH) supaya penagih ganja tidak perlu dihadapkan ke mahkamah boleh diteliti selagi ia tidak bercanggah dengan pemakaian undang-undang sedia ada.

Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Datuk Dr Abd Halim Mohd Hussin berkata, ada undang-undang yang perlu dipatuhi walaupun pada dasarnya ia boleh dielakkan jika individu terbabit sukarela bertemu AADK atau pusat pemulihan untuk mendapatka­n rawatan.

“Sebenarnya isu dihadapkan ke mahkamah tidak timbul jika mereka yang mempunyai ketagihan dadah bertemu kita sebelum ditahan bagi membolehka­n kita memberi rawatan sesuai berdasarka­n tahap penagihan mereka.

“Malah menjadi kempen kita di AADK, kita mahukan lebih ramai tampil mendapatka­n rawatan bagi masalah penagihan mereka.

“Namun jika ditahan, mereka perlu dihadapkan ke mahkamah kerana kita tidak tahu seteruk mana ketagihan mereka dan ada kemungkina­n mereka berupaya mengancam keselamata­n orang lain,” katanya.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Narkotik Bukit Aman Datuk Seri Mohmad Salleh ketika dihubungi enggan mengulas isu itu.

Katanya, polis perlu mengkaji setiap sudut sebelum membuat kenyataan berhubung cadangan itu.

Presiden PENGASIH Datuk Mohd Yunus Pathi mencadangk­an individu yang didapati positif menggunaka­n dadah jenis ganja tidak perlu dihadapkan ke mahkamah dan diberikan kaunseling serta rawatan bagi mengubati ketagihan mereka.

 ?? Dr Abdul Halim ?? Isu dihadapkan ke mahkamah tidak timbul jika mereka yang ketagihan dadah bertemu kita sebelum ditahan ”
Dr Abdul Halim Isu dihadapkan ke mahkamah tidak timbul jika mereka yang ketagihan dadah bertemu kita sebelum ditahan ”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia