Peserta program mahu jadi fasilitato­r bantu rakan lain

Harian Metro - - Setempat -

“Saya dicemuh dengan kata-kata nista hingga tidak mampu bangkit. Biarlah ini menjadi yang terakhir,” ujar bekas penagih wanita dikenali sebagai Siti, 29, yang selesai menjalani program pemulihan bersama Persatuan Pengasih Malaysia (PENGASIH).

Dia berasal dari Pulau Pinang adalah seorang daripada 80 peserta program Latihan Memperkasa Jati Diri Rumah Pengasih kali ke 29 sebagai persediaan mereka menamatkan program rawatan dan pemulihan dadah di PENGASIH.

Menurutnya, program di PENGASIH memberinya kekuatan mental dan emosi. Malah, saya merancang menjadi fasilitato­r bagi membantu rakan lain kelak,” katanya.

Seorang lagi peserta program, Sarifuddin, 33, berkata, dia sudah bersedia pulang ke pangkuan keluarga dan masyarakat.

“Sebelum ini saya tidak yakin boleh berhenti menagih dadah. Saya rasa mustahil meninggalk­an ‘benda’ yang sudah menjadi darah daging.

“Selepas apa yang saya lalui di sini (PENGASIH) saya yakin boleh berubah dan menangkis godaan kembali terjerumus. Saya tidak mahu lagi kecewakan keluarga,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.