Harian Metro

Suami isteri parah motosikal rempuh teksi

-

Seremban: Suami isteri parah apabila motosikal dinaiki merempuh teksi di Jalan Senawang 3, berdekatan Taman Tuanku Ja’afar (TTJ) di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 7.05 pagi, pasangan itu dalam perjalanan pulang ke rumah di taman itu menaiki motosikal Yamaha LC.

Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Thiew Hock Poh berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal dari arah Senawang menuju TTJ hilang kawalan.

“Motosikal itu terbabas dan memasuki laluan bertentang­an lalu merempuh teksi. Penunggang dan isterinya tercampak ke tepi jalan,” katanya.

Thiew berkata, kedua-dua mangsa yang parah dibawa ke Hospital Tuanku Ja’afar di sini bagi mendapatka­n rawatan lanjut.

Katanya, pemandu teksi berkenaan iaitu lelaki berusia 57 tahun tidak cedera dan kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987.

 ??  ?? KEADAAN mangsa dan motosikaln­ya selepas terbabit
nahas.
KEADAAN mangsa dan motosikaln­ya selepas terbabit nahas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia