‘Duit kutuku selamat’

Harian Metro - - Setempat -

 Mangsa kebakaran syukur jumpa semula wang tunai, barang kemas

“Syukur alhamdulil­lah, rezeki saya dapat semula wang tunai dan barang kemas dalam keadaan baik lagi.

“Semua ini ada hikmahnya,” kata Mariam Mohd Rashidi, 47, pemilik rumah yang terbabit dalam kebakaran di Kampung Pendamar, Ayer Molek di sini, semalam.

Mariam berkata, wang kira-kira RM500 yang ditemui semula itu baru diperolehn­ya minggu lalu hasil cabutan undi permainan kutu manakala seutas gelang emas dan sebentuk cincin berlian pula dibelinya pada tahun lalu.

Katanya, wang tunai dan barangan kemas itu disimpan di satu ruang tersembuny­i memandangk­an sebelum ini dia pernah kehilangan barangan berkenaan.

“Apa yang penting semua ahli keluarga saya tidak ada di rumah ketika kejadian dan itu sudah cukup melegakan,” katanya ketika ditemui.

Suami Mariam, Abd Mutalib Wahab, 49, pula berkata, ketika kejadian dia berada di rumah bapanya di Duyong untuk menghantar seorang daripada ahli keluarga menunaikan umrah.

“Saya sekeluarga keluar rumah jam 7.30 pagi, bagaimanap­un pada jam 9.30 dihubungi jiran melalui telefon mengatakan rumah saya terbakar,” katanya.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Katil Penolong Kanan Penguasa Bomba Alias Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan jam

9.38 pagi, sebelum sepasukan 10 anggota, termasuk pegawai bersama dua jentera dari BBP Bukit Katil dan Padang Temua dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Sejurus tiba, anggota bomba mendapati api sedang marak di bahagian tengah rumah dan berjaya mengawal kebakaran dalam tempoh lapan minit.

“Api berjaya dipadamkan sepenuhnya pada jam 10.20 pagi dengan kemusnahan rumah antara 60 hingga 70 peratus. Kebakaran dipercayai bermula dari ruang dapur, bagaimanap­un punca dan nilai kerugian masih dalam siasatan,” katanya. Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Molek Datuk Seri Md Yunos Husin yang turut berada di lokasi kejadian sudah meminta Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri memberi sumbangan RM10,000 kepada mangsa.

KEADAAN rumah Mariam yang terbakar. Gambar kecil, Mariam menemui semula wang tunai dan barang kemas miliknya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.