Harian Metro

Pasangan, bayi melecur

-

Keningau: Tiga beranak termasuk seorang bayi melecur selepas rumah mereka di Kampung Lino Lanas di sini, terbakar malam semalam,

Dalam kejadian jam 8.10 malam itu, Yesmin Jubilik, 26, melecur di kaki, isterinya Petronella Jems, 38, melecur di tangan serta kaki, manakala bayi perempuan mereka berusia 11 bulan melecur pada bahagian muka.

Difahamkan, selain tiga mangsa yang melecur, tiga lagi ahli keluarga berada di rumah itu namun sempat menyelamat­kan diri.

Jiran mangsa, Jutin Antaim, 46, berkata, dia terlihat api mulai marak dari rumahnya yang terletak kira-kira 100 meter dari rumah mangsa sebelum menghubung­i bomba.

“Saya cuba membantu untuk memadamkan api, tetapi sukar mendapatka­n sumber air dan api merebak dengan pantas,” katanya.

Jutin berkata, semua mangsa yang cedera dihantar ke Klinik Kesihatan Tulid oleh penduduk kampung sebelum dikejarkan ke Hospital Keningau untuk rawatan lanjut.

Ketua Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah Khatizah Rahaban berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu melalui talian kecemasan 999 pada jam 8.27 malam.

“Sepasukan anggota bersama sebuah jentera dihantar ke lokasi yang terletak 80 kilometer dari Balai Bomba dan Penyelamat Keningau.

“Sebaik tiba, kebakaran didapati memusnahka­n sebuah rumah dan api berjaya dipadam sepenuhnya pada jam 10.44 malam,” katanya.

 ??  ?? ANGGOTA bomba memadam kebakaran sebuah rumah yang menyebabka­n tiga
beranak melecur.
ANGGOTA bomba memadam kebakaran sebuah rumah yang menyebabka­n tiga beranak melecur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia