Harian Metro

‘Amah bukan hamba’

-

 Pembantu rumah mati didera majikan cedera teruk di kepala, muka dan tangan

Akta Pekerjaan untuk pembantu rumah nampaknya tidak memadai bagi melindungi mereka.

“Sampai bila kita mahu perkara sebegini berlarutan. Apa yang kita perlukan adalah undang-undang berasingan untuk mereka,” katanya.

Menurut Glorene, selagi mereka ini ditakrifka­n sebagai pembantu rumah dan amah dalam Akta Pekerjaan, ia mewujudkan set minda ‘tuan dan hamba’ dalam kalangan majikan.

“Kita perlu lebih serius mencari punca mengapa ada majikan berasa perkara normal mendera pembantu rumah mereka.

“Kami minta kerajaan melalui kementeria­n berkenaan mengambil tanggungja­wab sepenuhnya atas kematian Adelina, kerana tidak mewujudkan polisi dan undang-undang efektif untuk melindungi­nya daripada didera majikan,” kata beliau.

 ??  ?? NENI Kurniati (tengah) keluar dari Unit Forensik Hospital Seberang Jaya selepas proses pengecaman mayat Adelina yang mati dipercayai didera majikannya.
NENI Kurniati (tengah) keluar dari Unit Forensik Hospital Seberang Jaya selepas proses pengecaman mayat Adelina yang mati dipercayai didera majikannya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia