Berbalah bunyi bising mat motor

Harian Metro - - Setempat -

Kuala Lumpur: Dua lagi suspek ditahan bagi membantu siasatan kes pembunuhan dua beradik pada majlis sambutan hari lahir di Flat Damansara Bistari, Seksyen 19 Petaling Jaya dekat sini.

Jumlah itu menjadikan keseluruha­n 10 suspek ditahan setakat ini berhubung pembunuhan kejam yang berlaku pagi kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superinten­dan Ku Mashariman Ku Mahmood, berkata, kedua-dua suspek ditahan petang kelmarin susulan soal siasat ke atas lapan suspek termasuk seorang wanita yang ditahan sejurus kejadian.

“Semua suspek direman tujuh hari sehingga 18 Februari ini bagi membantu siasatan, termasuk dua lagi suspek yang baru ditangkap petang kelmarin.

“Siasatan diteruskan dan polis mencari beberapa individu lagi yang dipercayai dapat membantu siasatan,” katanya.

Tambahnya lagi, buat masa ini siasatan mendapati pembunuhan itu berpunca pertengkar­an mulut di antara tetamu dengan mangsa sebelum kedua-duanya ditetak dengan senjata tajam.

“Mereka berbalah selepas sekumpulan penunggang motosikal membuat bising berhampira­n khemah tempat mereka berkumpul.

“Dua beradik itu dipercayai mempertaha­nkan

kumpulan penunggang motosikal berkenaan namun pertengkar­an itu menyebabka­n mereka ditetak. Kami masih menyiasat siapa dalangnya,” katanya.

Dalam kejadian jam 2.30 pagi kelmarin, dua beradik masing-masing berusia 44 dan 36 tahun, berasal dari Batu 7, Jalan Damansara mengunjung­i majlis itu yang diadakan di sebuah khemah di hadapan Blok B flat berkenaan, pada tengah malam.

Difahamkan, lebih 30 tetamu termasuk wanita dan kanak-kanak pada mulanya makan malam di restoran berhampira­n untuk sambutan hari lahir ke-21 seorang anak rakan mereka yang tinggal di flat terbabit.

Selepas selesai makan malam jam 11.30 malam, kebanyakan tetamu lelaki tidak terus pulang sebaliknya berkumpul untuk berbual dan mengambil minuman keras di khemah berkenaan termasuk kedua-dua mangsa.

Ketika kejadian, kebanyakan mereka mabuk sehinggala­h timbul pertengkar­an dan dua beradik itu ditetak.

Kedua-duanya parah dan pasukan perubatan yang dikejarkan ke lokasi mengesahka­n kedua-duanya meninggal dunia.

Metro, semalam LAPORAN Harian

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.