Bangun 2 lagi FELDA 2.0

Harian Metro - - Rangkuman -

Selepas FELDA Lurah Bilut di Bentong, dua lagi tanah rancangan FELDA di

Pahang bakal dibangunka­n di bawah inisiatif FELDA

2.0 pada tahun ini.

Dua tanah rancangan yang dikenal pasti itu adalah di bawah wilayah FELDA Jengka dan

Kuantan, bagaimanap­un mereka belum menentukan tanah rancangan yang mahu dipilih.

Pengerusi FELDA Tan Sri Shahrir Samad berkata, Pahang mempunyai bilangan peneroka paling ramai serta lama dan pihaknya melihat dari segi potensi dua tanah rancangan berkenaan untuk dimasukkan dalam inisiatif berkenaan.

“Kita menunggu maklum balas dan maklumat daripada pengurus rancangan di bawah kedua-dua wilayah itu dan semua syarat perlu dipenuhi bagi melayakkan mereka sebagai FELDA 2.0,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.