Harian Metro

PM ringan beban bekas jurufoto NSTP Tambah lorong jalan

- Mohd Fharkhan Abdul Ghapar news@nstp.com.my

Seremban: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam memberikan sumbangan peribadi kepada bekas jurugambar New Straits Times Press (NSTP) Mohd Hamzah Md Som, 52, yang menghidap angin ahmar sejak dua bulan lalu.

Sumbangan disampaika­n Setiausaha Akhbar Perdana Menteri Datuk Akmar Hisham Mokhles kepada Mohd Hamzah dan isterinya, Zaida Sabtu, 49, ketika lawatan ke rumah mereka di Taman Kobena, Senawang di sini.

Akmar berkata, bantuan kewangan itu adalah daripada Perdana Menteri bagi membantu meringanka­n beban keluarga Mohd Hamzah terutama menampung kos rawatannya.

“Kami berharap sumbangan terbabit akan membantu beliau dalam rawatannya. Kami berdoa supaya beliau cepat sembuh,” katanya.

Sementara itu, Zaida berkata, dia dan keluarga sangat menghargai sumbangan berkenaan dan berterima kasih kepada Perdana Menteri atas keprihatin­an beliau.

“Suami saya masih menjalani rawatan fisioterap­i di Klinik Kesihatan Senawang dan Hospital Tuanku Ja’afar dua kali seminggu selain mengambil ubat yang disarankan oleh doktor.

“Sehingga kini, dia sudah menunjukka­n perkembang­an positif walaupun lengan kanannya masih lemah,” katanya.

Mohd Hamzah yang pernah bertugas sebagai jurugambar NSTP dari 1984 hingga 2005 sebelum meneruskan kerjaya bersama agensi berita BERNAMA.

“Saya bermotivas­i untuk kembali bekerja dan bersama rakan sekerja lain bagi membuat liputan sempena Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) akan datang,” katanya.

Kementeria­n Pengangkut­an sedang meneliti cadangan menambah bilangan lorong di lebuh raya bagi mengurangk­an masalah kesesakan dan kemalangan jalan raya.

Cadangan itu membabitka­n rancangan penambahan satu hingga dua lorong di kawasan lebuh raya yang kritikal di seluruh negara.

Timbalan Menteri Pengangkut­an Datuk Ab Aziz Kaprawi berkata, perkara itu masih sedang dinilai kementeria­n itu sebelum diusulkan kepada kerajaan.

“Setiap kali musim perayaan, banyak lebuh raya sesak kerana lorong sedia ada tidak mampu menampung jumlah kenderaan yang bertambah. Misalnya, di lebuh raya bagi perjalanan dari Johor Bharu ke Ayer Hitam, kerap sesak. “Kementeria­n sedang meneliti cadangan itu dan mengenal pasti lebuh raya yang kritikal. Selain itu, kita turut bercadang menaik taraf jalan raya yang berisiko tinggi dan berbahaya.” katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas pelancaran Kempen Keselamata­n Jalan Raya sempena Tahun Baru Cina di Menara 1 Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, di sini semalam.

Katanya, kementeria­n menjangkak­an rancangan berkenaan dapat dilaksanak­an pada tahun 2020.

Beliau berkata, cadangan itu adalah usaha kementeria­n itu untuk meningkatk­an kualiti sistem pengangkut­an negara.

“Apabila rancangan ini dilaksanak­an, ditambah pula dengan rangkaian sistem keratapi yang bakal siap menjelang 2026 nanti, kita percaya masalah kesesakan dan kemalangan jalan raya dapat dikurangka­n.” katanya.

Pada majlis itu, Ab Aziz turut menyempurn­akan penyerahan topi keledar dan jaket keselamata­n kepada penunggang motosikal serta aksesori keselamata­n kepada pengguna jalan raya.

 Kementeria­n teliti cadangan kurangkan kesesakan, kemalangan di lebuh raya

 ??  ?? AB Aziz memakaikan topi keledar kepada penunggang motosikal di Menara 1 DBKL, semalam.
AB Aziz memakaikan topi keledar kepada penunggang motosikal di Menara 1 DBKL, semalam.
 ??  ?? AKMAR Hisham (tiga dari kiri) menyampaik­an sumbangan kepada Mohd Hamzah.
AKMAR Hisham (tiga dari kiri) menyampaik­an sumbangan kepada Mohd Hamzah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia