Wanita Dayak pertama dilantik Pesuruhjay­a Tinggi

Harian Metro - - Rangkuman -

Wanita kelahiran Sarawak, Gloria Corina Anak Peter Tiwet muncul etnik Dayak pertama dilantik sebagai Pesuruhjay­a Tinggi

Malaysia di luar negara dan akan bertugas di Republik Persekutua­n Nigeria.

Sebelum pelantikan baru itu, Gloria Corina memegang jawatan terakhir sebagai Pengarah di Pejabat Wilayah

Sarawak, Kementeria­n Luar sejak 2016.

Semalam, beliau bersama empat lagi Ketua Perwakilan Malaysia di luar negara menerima watikah masing-masing daripada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V di Istana Negara, Kuala Lumpur.

Beliau pernah memegang jawatan sebagai Pengarah di Sekretaria­t Induk Logistik ASEAN 2015, Kementeria­n Luar (2015-2016) dan Menteri Penasihat di Kedutaan

Besar Malaysia di Stockholm, Sweden (20112015).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.