Dr Rajah dinobat Professor Ulung Negara

Harian Metro - - Rangkuman -

Putrajaya: Profesor Pembanguna­n Antarabang­sa, Fakulti Ekonomi dan Pentadbira­n Universiti Malaya (UM), Dr Rajah Rasiah dinobatkan sebagai Profesor Ulung bagi 2017.

Dr Rajah yang tidak asing dalam bidang ekonomi di negara ini, banyak menyumbang idea baru terutama dalam bidang pengeluara­n elektronik, automotif dan tekstil di Malaysia.

Penganuger­ahan itu menjadikan Dr Rajah tokoh akademik kelima dilantik sebagai Profesor Ulung Negara, sekali gus membawa pulang geran penyelidik­an bernilai RM300,000, sijil dan trofi.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, penganuger­ahan itu adalah manifestas­i dan testimoni kepada peranan utama institusi intelektua­l di negara ini dalam menawarkan sumbangan kepakaran masing-masing demi kesejahter­aan hidup masyarakat.

DR Rajah

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.