Harian Metro

Tetap harga 13 barang

-

Rawang: Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) menetapkan harga maksimum bagi 13 jenis barangan dikuatkuas­a mengikut Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Tahun Baru Cina 2018.

Antara barangan disenaraik­an mengikut skim yang dikuat kuasa pada 10 Februari lalu hingga 21 Februari depan ialah ayam, telur, bawang putih dan ikan bawal putih.

Pengarah KPDNKK Ahmad Fauzi Idris berkata, penentuan harga maksimum pengeluar, borong dan runcit dibuat mengikut permintaan dan kesesuaian masa.

Beliau berkata, ia bagi memastikan harga ditetapkan berpatutan menerusi rantaian pengedaran seterusnya memberi manfaat kepada pengguna dan peniaga.

“Harga maksimum ditentukan bagi 13 barangan di 91 daerah dan kawasan di Semenanjun­g, 31 daerah di Sarawak, 27 daerah di Sabah dan satu daerah di Wilayah Persekutua­n Labuan,” katanya.

 ??  ?? AHMAD Fauzi (tengah) memeriksa kualiti ayam di Pasaraya NSK Trade City Rawang Jaya.
AHMAD Fauzi (tengah) memeriksa kualiti ayam di Pasaraya NSK Trade City Rawang Jaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia