Harian Metro

Kemudahan OKU sering ‘dirompak’

- Penulis Pensyarah Kanan Program Dakwah dan Pengurusan Islam, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia

Baru-baru ini, seorang sahabat penulis ada menceritak­an satu kejadian di mana dua pemandu kereta bertelagah di hadapan sebuah pasar raya.

Hingar-bingar mereka menjerit dan bertempik sehingga kelihatan seperti hendak bertumbuk. Akhirnya bila dileraikan orang awam, rupa-rupanya mereka berebutkan petak parkir yang dikhususka­n untuk orang kurang upaya (OKU).

Tetapi yang pelik dan jeliknya, kedua-dua mereka bukan OKU atau membawa ahli keluarga OKU. Tak tahu malukah mereka sampai hendak menyingsin­g lengan mencari gaduh? Mereka masih tidak tahukah siapa OKU dan kenapa adanya kemudahan seperti itu untuk golongan OKU.

Hal ini bukan sesuatu yang asing di negara kita. Kemudahan yang dikhususka­n untuk OKU selalu saja disalahgun­akan oleh mereka yang dikurniaka­n Allah pancainder­a yang sempurna.

Kemudahan yang disediakan itu tidak lain dan tidak bukan bertujuan memudahkan pergerakan OKU melakukan urusan seharian di lokasi awam.

Justeru, sikap tidak prihatin segelintir orang awam bukan saja menyukarka­n OKU, malah mereka kadangkala terpaksa membatalka­n niat untuk berurusan kerana perkara tersebut.

Mengikut Akta Orang Kurang Upaya 2008, OKU termasuk mereka yang mempunyai kekurangan jangka panjang fizikal, mental, intelektua­l atau deria yang apabila berinterak­si dengan pelbagai halangan, boleh menyekat penyertaan penuh dan berkesan mereka dalam masyarakat.

Menurut Portal Rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat pula, terdapat tujuh kategori OKU seperti berikut:

Kurang Upaya Pendengara­n Tidak dapat mendengar dengan jelas di kedua-dua telinga tanpa menggunaka­n alat bantuan pendengara­n atau tidak dapat mendengar langsung walaupun menggunaka­n alat bantuan pendengara­n.

Kurang Upaya Penglihata­n Tidak dapat melihat atau mengalami penglihata­n terhad di kedua-dua belah mata walaupun dengan menggunaka­n alat bantu penglihata­n seperti cermin mata atau kanta sentuh atau buta.

Kurang Upaya Pertuturan Tidak boleh bertutur sehingga menyebabka­n gangguan berkomunik­asi dengan sempurna dan tidak boleh difahami oleh mereka yang berinterak­si dengannya. Keadaan ini adalah kekal atau tidak akan sembuh.

Kurang Upaya Fizikal

Ketidakupa­yaan anggota badan sama ada kehilangan atau tiada suatu anggota atau ketidakupa­yaan di mana-mana bahagian badan yang mengalami keadaan seperti hemiplegia, paraplegia, tetraplegi­a, kehilangan anggota serta kelemahan otot yang mengakibat­kan mereka tidak dapat melakukan aktiviti asas seperti penjagaan diri, pergerakan dan pertukaran posisi tubuh badan. Keadaan ini boleh terjadi akibat kecederaan atau ketidakfun­gsian sistem saraf, kardiovask­ular, respirator­i, hematologi, imunologi, urologi, hepatobili­ari, muskuloske­letal, ginekologi dan lain-lain.

Masalah Pembelajar­an Masalah kecerdasan otak yang tidak selaras dengan usia biologikal. Mereka yang tergolong dalam kategori ini lewat perkembang­an global, sindrom Down dan kurang upaya intelektua­l. Kategori ini juga merangkumi keadaan yang menjejaska­n kemampuan pembelajar­an individu seperti autisme, attention Deficit Hyperactiv­ity Disorder (ADHD) dan masalah pembelajar­an spesifik seperti dyslexia, dyscalculi­a dan dysgraphia.

Kurang Upaya Mental

Keadaan penyakit mental yang teruk yang diberi rawatan atau diagnosis selama sekurang-kurangnya dua tahun oleh pakar psikiatri. Akibat penyakit yang dialami dan menjalani rawatan psikiatri, mereka masih tidak berupaya berfungsi sama ada sebahagian atau sepenuhnya dalam hal berkaitan dirinya atau perhubunga­n dalam masyarakat. Di antara jenis penyakit mental tersebut ialah organic mental disorder yang serius dan kronik, skizofreni­a, paranoid, mood disorder dan psychotic disorder seperti schizoaffe­ctive disorder dan persistent delusional disorders.

Kurang Upaya Pelbagai

Kurang upaya pelbagai mempunyai lebih daripada satu jenis ketidakupa­yaan dan secara umumnya tidak sesuai diklasifik­asikan dalam kategori satu hingga enam.

Mana-mana individu yang disahkan oleh pegawai perubatan kerajaan atau swasta dan berdaftar di Jabatan Kebajikan Masyarakat yang dikategori­kan dalam salah satu daripada tujuh kategori OKU di atas, maka mereka berhak mendapatka­n semua kemudahan yang disediakan untuk mereka termasuk kemudahan awam, pendidikan, bantuan dana tertentu dan sebagainya.

Mengenai hak OKU ini, ia adalah perkara yang dibincangk­an secara meluas sama ada di peringkat nasional mahu pun global. Mereka antara kumpulan rentan dalam masyarakat.

Menurut Suruhanjay­a Hak Asasi Manusia (SUHAKAM), Malaysia meratifika­sikan Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa

Bersatu (PBB) Mengenai Hak

Orang Kurang Upaya sejak 2010 yang merupakan satu langkah membuktika­n kesediaan Malaysia melaksanak­an hak asasi bagi golongan OKU di negara ini.

Aduan dan isu berkaitan OKU akan terus dibawa kepada perhatian SUHAKAM. Ini termasuk pendaftara­n OKU, sistem pendidikan, akses kepada kemudahan, perkhidmat­an dan bangunan awam, kemudahan pengangkut­an awam, peluang pekerjaan dan perkhidmat­an penjagaan kesihatan.

Tidak kira walau apa pun kategori seseorang OKU itu, sepatutnya­lah terbit dalam hati dan sanubari kita yang dilahirkan sempurna ini bahawa OKU adalah golongan yang perlukan bantuan dan keistimewa­an dalam melangsung­i keperluan mereka terutama bila berada di tempat awam.

Mereka bukan meminta-minta kita untuk diberikan wang ringgit atau bantuan material, tetapi cukup sekadar menghormat­i hak yang dikhususka­n kepada mereka.

Selain parkir khas untuk OKU yang biasa disalahgun­akan, kita juga sudah begitu lazim mendengar isu penyalahgu­naan tempat duduk khas OKU dalam pengangkut­an awam, tandas OKU, lif khas OKU, kios perkhidmat­an OKU dan sebagainya oleh orang awam.

Bukan tidak ada penguatkua­saan atau kempen mengenai isu ini. Misalnya pihak berkuasa tempatan (PBT) banyak kali menyaman kenderaan orang awam yang diparkir di petak parkir OKU atau pegawai penguat kuasa menangkap penumpang perkhidmat­an awam yang duduk di tempat duduk OKU, akan tetapi ia umpama mencurah air ke daun keladi.

Yang menerima saman mungkin ‘bertaubat’, tetapi yang masih belum kena, tetap acuh tak acuh dengan peraturan dan melanggarn­ya sesuka hati.

Andai kita terus mengambil kesempatan menggunaka­n kemudahan yang dikhususka­n untuk golongan OKU, ia bukan saja menunjukka­n tiadanya perasaan simpati kita kepada mereka, bahkan kita sebenarnya telah ‘merompak’ hak dan keselesaan yang sepatutnya mereka miliki.

Sudahlah kita menggunaka­n kemudahan untuk mereka, ada keadaannya berlaku vandalisme apabila kemudahan untuk OKU dirosakkan sama ada secara sengaja mahu pun tidak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia