Harian Metro

BELLA TIDAK PINGGIRKAN LAKONAN

Bella tidak mempunyai sebarang sebab untuk terlalu memilih watak

-

Walaupun memberi lebih tumpuan kepada kerjaya nyanyian, tidak bermakna Bella Nazari membelakan­gkan bidang lakonan.

Wanita ini tidak akan sesekali menolak mana-mana tawaran berlakon selagi ia bersesuaia­n dengan waktu.

Menurutnya, dia tidak merancang memperlaha­nkan rentak sebagai pelakon. Namun, pertembung­an jadual menyebabka­n Bella terpaksa akur tawaran berlakon itu bukan rezekinya.

Bella berkata, ada beberapa kali dia menghampak­an harapan penerbit dan pengarah kerana tidak dapat menjayakan sesebuah drama.

Dia mengaku memang ada rasa bimbang sekiranya selepas ini mereka enggan memberikan peluang kepadanya

Saya bukannya artis popular yang boleh ‘demand’ macam-macam. Saya sudah cukup bersyukur jika dapat bekerja

bella

“Ia tidak disengajak­an.

Saya sudah susun jadual untuk mempromosi­kan lagu Oh Cinta yang menjadi runut bunyi drama Duda Pujaan Dara. Apabila tawaran berlakon datang, saya terpaksa tolak sebab pertembung­an jadual.

“Memang ada rasa bimbang selepas ini pengarah atau syarikat produksi tidak lagi memanggil saya untuk berlakon. Namun, saya juga tidak mahu menimbulka­n masalah kepada mana-mana pihak kerana jadual yang begitu padat.

“Saya percaya pada rezeki. Kalau sudah tertulis rezeki lakonan itu milik saya, pasti ia akan terjadi seperti itu. Bagaimanap­un, saya berharap mampu mengembali­kan momentum lakonan tahun ini,” katanya kepada RAP.

Tidak hanya berdiam diri, Bella juga berusaha mencari peluang untuk kembali berlakon dan tidak kisah walaupun diberikan watak kecil.

Dia juga tidak mempunyai sebarang sebab untuk terlalu memilih watak.

“Untuk kembali berlakon, saya tidak duduk diam dan menunggu tawaran itu datang. Rezeki juga perlu diusahakan.

Saya ada menghubung­i beberapa pengarah dan penerbit yang saya kenal bertanyaka­n watak untuk dilakonkan.

“Sama ada watak itu besar atau kecil, saya tidak kisah. Saya tidak ada sebab untuk memilih watak. Saya bukannya artis popular yang boleh ‘demand’ macam-macam. Saya sudah cukup bersyukur jika dapat bekerja,” katanya.

Bella yang mahu meningkatk­an corak lakonan dan cara nyanyianny­a berharap kedua-dua cabang seni itu dapat bergerak seiring.

Dia tidak boleh memilih salah satu kerana seni adalah jiwanya.

Menurut Bella, dia juga tidak hanya terbatas untuk melakukan dua perkara itu saja. Andai diberikan peluang, anak kedua daripada tiga beradik ini juga mahu mencuba menulis lagu.

Hal masa depan bukan perkara main-main. Bella ingin membuatkan persiapan supaya dapat menjalani kehidupan yang lebih selesa.

Tidak hanya terbatas pada seni, wanita itu juga merancang menceburi bidang perniagaan.

“Saya mahu fokus bekerja untuk masa depan. Biar lambat asalkan semua impian itu terlaksana. Saya tahu menulis lagu bukan perkara mudah, tapi sedia untuk belajar dan tidak akan berputus asa.

“Mengenai perniagaan pula, saya masih melihat keadaan semasa sebelum mengeluark­an produk. Banyak perkara yang perlu saya kaji terlebih dahulu. Saya akan buat secara perlahanla­han,” katanya. -Ardini Sophia

Sina

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia