Harian Metro

B b d k

- Norhayati Nordin yati@hmetro.com.my

Selepas kakaknya, penyanyi Amira Othman melancarka­n single terbaru Mimpi Indah pada 31 Januari lalu, kini giliran Irfan Haris pula.

Irfan, 17, mempertaru­hkan lagu Hilang hasil ciptaannya sendiri sebagai single ketiga sesudah Redha dan Pesan.

Berbicara mengenai single itu, Irfan berkata dia sekadar mahu mengembang­kan bakat sebagai komposer.

“Bagaimanap­un, Hilang bukan untuk bersaing dengan kakak.

“Secara kebetulan, selepas kakak melancarka­n single keempatnya, Mimpi Indah, rezeki saya pula tiba.

“Ini peluang terbaik dan bukan untuk mewujudkan persaingan adik-beradik,” katanya.

Irfan yang akan menduduki peperiksaa­n Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini menjelaska­n dia dan Amira saling menyokong.

Menurut Irfan, mereka memiliki minat sama dan dunia seni. Jadi, selagi ada peluang jangan takut mencuba.

Berbicara mengenai single terbaru, Irfan mengakui ia cukup istimewa kerana dia bekerjasam­a dengan abangnya, Haikal Iskandar.

“Saya dan abang dapat ilham menghasilk­an lagu ini ketika bermain piano. Abang yang dapatkan melodi dulu dan kami menggubahn­ya bersama.

“Single Hilang ini juga diakui mempunyai nilai sentimenta­l tinggi di hati saya kerana ia ciptaan adik-beradik. Saya teruja memperkena­lkannya kepada peminat,” katanya.

Anak bongsu dalam keluarga ini berharap single barunya, Hilang akan berjaya menambat hati pendengar muzik dan mesra radio.

Penyanyi remaja kian popular ini berkata dia juga tidak sangka dua single terdahulun­ya, Redha dan Pesan diterima baik peminat

Mengutamak­an pendidikan, Irfan berkata dia tiada masalah membahagik­an masa di antara karier dan tuntutan sebagai pelajar.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia