Harian Metro

Meluncur arus

-

Ada antaranya sudah bergelar atlet, siap sedia bersama papan gelongsor, menanti penuh sabar dan sudah pasti juga ingin menunjukka­n kemahiran serta gaya masing-masing.

Sebaik saja suis ditekan, secara automatik pancutan air berderu menembak sehingga ke hujung platform yang bermaksud permainan sudah bermula!

Itulah situasi yang berlaku ketika penulis membuat liputan sukan luncur ombak.

Meluncur arus adalah pecahan daripada aktiviti sukan meluncur ombak yang biasanya dilakukan di kawasan pantai dan menjadikan ombak sebenar sebagai platform untuk beraksi.

Berbanding aktiviti meluncur ombak di pantai, di sini pemain bergantung kepada sistem simulator menggunaka­n platform seakan-akan gelongsor di taman permainan kanak-kanak tetapi bentuknya lebih panjang dan lebar yang sesuai dengan kehendak penunggang untuk beraksi sama seperti bermain ombak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia