Harian Metro

Ada kejohanan peringkat serantau, dunia

-

aktif mempelajar­i pelbagai kemahiran baru bagi menggilap gaya untuk dipersemba­hkan dalam kejohanan yang disertai mereka.

Antara gaya yang biasa dilakukan ialah ‘Prone’ (peluncur beraksi dalam keadaan berbaring), ‘Double Knee’ (melutut kedua-dua belah kaki), ‘Drop Knee’ (melutut sebelah kaki) dan ‘360 Spin’ (memusingka­n papan gelongsor 360 darjah secara berdiri atau duduk).

Komuniti aktiviti meluncur arus di Malaysia masih kecil tetapi mereka mempunyai minat mendalam untuk mempelajar­i kemahiran baru bagi mempelbaga­ikan aksi tunggangan papan gelongsor.

Ketika ini, hanya ada dua lokasi meluncur arus di Malaysia iaitu di Taman Tema Sunway Lagoon, Petaling Jaya, Selangor dan terbaru, di Floor Rider di aras bawah Pusat Membelibel­ah One Utama, Petaling Jaya.

Menariknya Floor

Rider di One Utama itu diwujudkan khas untuk peminat aktiviti ini dan konsepnya jauh berbeza dengan taman tema air yang lain. Maksudnya, pengunjung yang pergi ke sana memang sudah bersedia untuk meluncur arus saja.

Tidak ketinggala­n, kemudahan meluncur arus di sini juga menyediaka­n jurulatih berpengala­man untuk membantu mereka yang baru membabitka­n diri dalam aktiviti berkenaan.

Khidmat jurulatih itu termasuk di dalam yuran masuk yang dikenakan kepada pengunjung iaitu RM45 sejam pada hari bekerja dan RM55 sejam pada hujung minggu atau cuti umum.

Selain itu, mereka yang ingin ke sana juga tidak perlu risau untuk membawa papan gelungsur kerana ia disediakan bagi memudahkan pengunjung.

Aktiviti meluncur ombak juga boleh disertai kanak-kanak dengan syarat ketinggian mereka mestilah melebihi 107 sentimeter. Maknanya, seisi keluarga juga boleh berseronok mempelajar­i kemahiran baru bersama-sama untuk mengisi waktu santai.

Ketika majlis pelancaran Floor Rider baru-baru ini, ia turut mendapat sokongan Kementeria­n Pelanconga­n dan Kebudayaan kerana kewujudan lokasi meluncur arus di Malaysia mampu meningkatk­an kehadiran pelancong dalam segmen pelanconga­n sukan.

Maka, dengan kewujudan lokasi meluncur arus yang lebih banyak di Malaysia membolehka­n negara menjadi tuan rumah bagi kejohanan sukan berkenaan sekali gus menarik kehadiran lebih ramai pelancong sukan pada masa depan.

Jadi apa tunggu lagi? Jom meluncur arus!

 ??  ?? PELBAGAI aksi boleh dipersemba­hkan sekiranya peluncur mahir mengawal papan gelungsur.
PELBAGAI aksi boleh dipersemba­hkan sekiranya peluncur mahir mengawal papan gelungsur.
 ??  ?? AKSI Drop Knee.
AKSI Drop Knee.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia