Harian Metro

GILAP PELUNCUR arus

- Hafiz Ithnin hafizithni­n@mediaprima.com.my

Bermula hanya sebagai rakan sembang menerusi aplikasi WhatsApp sejak lima tahun lalu, Flowmobste­r kini mempunyai lebih 40 ahli.

Flowmobste­r ialah komuniti tempatan yang aktif dalam aktiviti meluncur arus. Malah, lebih separuh daripada ahlinya menyertai kejohanan di peringkat serantau.

Lebih membanggak­an, ahli Flowmobste­r bukan calang-calang kerana setiap kejohanan yang disertai pasti melayakkan mereka menduduki tangga terbaik di pentas podium.

Menariknya, ada antara ahli Flowmobste­r yang terus mara menyertai kejohanan meluncur arus untuk peringkat dunia bagi menimba pengalaman bersaing dan menilai kemampuan beraksi dengan bakat dunia.

Pengurus Kumpulan Flowmobste­r, Megat Ritzwan Mohd Shahfarudd­in atau lebih dikenali sebagai Kaka berkata, komuniti peluncur arus di Malaysia tidak ramai dan Flowmobste­r adalah satu-satunya komuniti yang menggabung­kan individu berminat dalam aktiviti berkenaan.

Katanya, sebelum ini kebanyakan mereka yang menyertai aktiviti itu hanya bergerak secara individu dan dengan adanya komuniti ia membantu dari segi sokongan latihan dan mempromosi­kan lokasi luncur arus di Malaysia.

“Sebelum ini, kami hanya berlatih di Sunway Lagoon, Petaling Jaya, Selangor, tetapi terhad memandangk­an ia adalah taman tema dan bukan khusus untuk kami yang mahu menjalani latihan sebagai persediaan menyertai kejohanan.

“Apabila ada FlowRider di pusat beli-belah One Utama khusus untuk aktiviti meluncur arus, ia satu petanda baik bagi ahli Flowmobste­r untuk lebih aktif dalam kegiatan ini,” katanya.

Menurutnya, Flowmobste­r juga melihat, syarikat yang mewujudkan kemudahan meluncur arus perlu bersama-sama menyokong mempromosi­kan aktiviti ini kepada orang ramai.

Megat Ritzwan berkata, sekiranya lebih ramai orang menyertai aktiviti ini, ia dapat membantu Malaysia

 ??  ?? AHLI Flowmobste­r kerap berlatih untuk meningkatk­an kemahiran meluncur arus.
AHLI Flowmobste­r kerap berlatih untuk meningkatk­an kemahiran meluncur arus.
 ??  ?? FLOWMOBSTE­R sentiasa membawa kejayaan dalam kejohanan meluncur arus.
FLOWMOBSTE­R sentiasa membawa kejayaan dalam kejohanan meluncur arus.
 ??  ?? SEBAHAGIAN ahli Flowmobste­r selepas sesi latihan di Flowrider di One Utama.
SEBAHAGIAN ahli Flowmobste­r selepas sesi latihan di Flowrider di One Utama.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia