Harian Metro

SUDAH LALI JATUH MELUNCUR

- Shuhada Mansor rencana@hmetro.com.my

Tujuh tahun memegang status juara peringkat Asia dalam sukan meluncur arus, Muhamad Nazri Salim, 25, menganggap itu bukan satu pencapaian yang membuatkan dia berada pada tahap selesa.

Mengimpika­n untuk menggengga­m gelaran juara dunia membuatkan dia terus berusaha keras bagi merealisas­ikan impiannya itu.

“Bersaing dengan pemain lain yang berkeboleh­an adalah satu cabaran besar yang harus saya tempoh.

“Namun dengan latihan mencukupi dan teknik yang betul, tidak mustahil satu hari nanti saya mampu menjadikan impian itu realiti,” katanya.

Nazri berkata, walaupun sibuk dengan kerjayanya sekarang, dia memperuntu­kkan masa sekurang-kurangnya dua jam untuk berlatih selama empat kali seminggu.

“Tahun lalu, dalam kejohanan peringkat dunia kategori flowrider saya mendapat tempat kedua dan tempat keempat bagi kategori bodyboard di Cancun, Mexico.

“Pastinya, saya mengimpika­n untuk menggengga­m gelaran juara dunia dan saya yakin boleh lakukan,” katanya yang kini bekerja sebagai Pengurus Bahagian Tarikan Sukan Luncur di Pattaya, Thailand.

Nazri berkata, untuk berada di peringkat sekarang, banyak jatuh bangun yang sudah dilaluinya hingga membabitka­n kecederaan fizikal.

“Walaupun saya tahu risiko tetap ada di setiap latihan dan pertanding­an, namun saya anggap ia sebagai cabaran. Segala penat lelah terbayar apabila berjaya menawan gelaran juara,” katanya yang membabitka­n diri secara serius dalam sukan luncur arus sejak 2011.

“Saya dapat tahu ada sukan luncur arus di Malaysia apabila Taman Tema Sunway Lagoon, Petaling Jaya,

Selangor menawarkan aktiviti berkenaan.

“Waktu itu, belum ramai tahu pasal sukan ini dan boleh dikatakan saya serta beberapa rakan antara yang terawal mencubanya.

“Pada mulanya, terjatuh ketika meluncur adalah perkara biasa. Tapi lamakelama­an, apabila dapat kawal imbangan badan, pergerakan gelombang arus dirasakan sesuatu yang menyeronok­kan dan ia secara tidak langsung mengajar kita untuk terus mencuba,” katanya.

Katanya, aktiviti meluncur arus ini boleh dikatakan agak baru di Malaysia namun mempunyai peminat tersendiri.

“Pada pendapat saya, bagi melahirkan lebih ramai peluncur arus bertaraf antarabang­sa, kemudahan perlu diperbanya­kkan termasuk tempat latihan.

“Saya setuju jika ada yang mengatakan ia antara sukan atau aktiviti mahal kerana peralatan dan latihannya saja memerlukan belanja tinggi,” katanya.

Berbekalka­n pengalaman yang ada, Nazri berhasrat untuk menjadi jurulatih kepada pelapis muda yang ingin menceburka­n diri dalam sukan ini.

“Luncur arus bagi saya antara sukan ekstrem yang santai. Ia mampu memberikan kepuasan berbeza.

“Bagi yang berminat, tak salah untuk memulakann­ya sebagai hobi dan pada masa sama mantapkan kemahiran dengan latihan berterusan,” katanya.

 ??  ?? MUHAMAD Nazri (tiga dari kiri) meraih tempat kedua dalam kejuaraan di Cancun. Walaupun saya tahu risiko tetap ada di setiap latihan dan pertanding­an, namun saya anggap ia sebagai cabaran
MUHAMAD Nazri (tiga dari kiri) meraih tempat kedua dalam kejuaraan di Cancun. Walaupun saya tahu risiko tetap ada di setiap latihan dan pertanding­an, namun saya anggap ia sebagai cabaran
 ??  ?? MUHAMAD Nazri (dua dari kiri) bangga membawa nama Malaysia dalam mana-mana kejohanan.
MUHAMAD Nazri (dua dari kiri) bangga membawa nama Malaysia dalam mana-mana kejohanan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia