Harian Metro

TARIKAN PENGGEMAR SUKAN EKSTREM

- Hafiz Ithnin hafizithni­n@media- prima.com.my

Kedai menjual pelbagai peralatan aktiviti luar dan rekreasi, Corezone melangkah setapak lagi dengan berpindah ke premis barunya di Lightbox, Sungai Buloh, Selangor.

Berkeluasa­n 1,920 meter persegi, Corezone menawarkan lebih banyak produk aktiviti luar dan rekreasi kepada orang ramai, memandangk­an permintaan produk premium dalam aktiviti itu semakin mendapat perhatian.

Ia turut membariska­n produk untuk aktiviti mendaki gunung, mendaki tebing batu, perlumbaan mencabar, kembara berbasikal, kayak, larian denai dan kenu.

Pengarah Urusannya, Leong Dee Lu berkata, pihaknya juga bekerjasam­a dengan syarikat pengedar produk barangan rekreasi terkemuka tempatan, Universal Fitness & Leisure Sdn Bhd (UFL) menjual pelbagai produk premium.

Katanya, antara produk premium dari

UFL yang diedarkan ialah Suunto, Igloo, Lifestraw dan Camelbak apabila ia adalah jenama edaran eksklusif untuk pasaran Malaysia.

“Corezone menawarkan produk rekreasi yang disasarkan kepada mereka yang ingin mengembara ke luar negara.

“Ini kerana produk yang terdapat di sini kebanyakan­nya adalah jenama import.

“Kerjasama dengan UFL adalah langkah terbaik bagi kedua-dua pihak untuk mengembang­kan jualan produk premium kepada peminat aktiviti luar dan rekreasi,” katanya selepas majlis perasmian pembukaan Corezone itu, baru-baru ini.

Hadir sama, Pengarah Urusan UFL, Datuk Radha Krishnan yang turut menampilka­n produk premium dari UFL untuk dipasarkan di Corezone seperti penyedut minuman yang berfungsi sebagai penapis air.

 ??  ?? RADHA (kanan) menunjukka­n kegunaan penyedut minuman yang berfungsi sebagai penapis air kepada Dee Lu (kiri).
RADHA (kanan) menunjukka­n kegunaan penyedut minuman yang berfungsi sebagai penapis air kepada Dee Lu (kiri).
 ??  ?? GIMIK pelancaran Corezone di Lightbox.
GIMIK pelancaran Corezone di Lightbox.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia