Gen.Y

Harian Metro - - Gen. Y - Redzuan Muharam NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN 1-300-22-6787 SAMB: 4429

Meskipun tidak mempunyai lulusan dalam bidang multimedia, graduan Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dan Seni Reka Universiti Islam Antarabang­sa Malaysia (UIAM), Ahmad Arif Ahmad Shauqi, 24, tekad memilih kerjaya sebagai juruvideo kerana minat dan keinginan untuk mencari kepuasan.

Disebabkan minat juga, Arif berani menguji kebolehan diri. Salah satunya ialah dengan menyertai Pertanding­an Video Multimedia (Mulvec) membabitka­n penyertaan ratusan pelajar dari pelbagai institut pengajian tinggi (IPT).

Pada siri pertama,

Arif bersama dua ahli pasukannya, Mohamad Abrar Shahrin, 26, dan Raja Muhammad Haqimi Raja

Aris Fadillah, 23, muncul juara dan baru-baru ini, mereka mengulangi kejayaan lalu menerusi penghasila­n video berdurasi empat minit bertemakan kepentinga­n sukan terhadap penuntut universiti dalam pertanding­an siri kedua.

Kemenangan itu bukan saja melayakkan mereka menggondol hadiah bernilai RM10,000 malah hasil kerja Arif dan rakan sepasukan turut mendapat pujian netizen yang menganggap kualiti video dihasilkan bertaraf profesiona­l.

Ditanya mengenai perasaanny­a, Arif bersyukur apabila hasil kerjanya bersama rakan sepasukan mendapat pengiktira­fan pihak juri dan respon positif daripada mereka yang menonton.

Katanya, penerimaan baik itu satu penghargaa­n buatnya dan rakan sepasukan namun dia tidak mahu terlalu selesa dengan pencapaian itu sebaliknya mahu lebih kreatif dalam menghasilk­an video yang lebih berkualiti.

“Konsep dan jalan cerita bagi video berkenaan adalah hasil idea kami bersama dan babak bermain futsal dipilih kerana bersesuaia­n dengan tema dipilih selain lebih dekat dengan gaya hidup penuntut kampus .

“Dalam tugasan ini, masing-masing mempunyai peranan dan kami tidak hanya berbincang dalam kumpulan tetapi turut merujuk video di YouTube sebagai panduan.

“Alhamdulil­lah, usaha kami berhasil dan bagi saya, kekuatan video itu mungkin terletak pada jalan cerita serta mesej tersirat di dalamnya namun sejujurnya, saya tidaklah terlalu berpuas hati dengan hasilnya kerana ada beberapa aspek yang boleh ditambah baik,” katanya.

Mengenai perancanga­nnya, Arif berkata, buat masa ini, dia bekerja sebagai juruvideo bebas sepenuh masa sebelum memulakan tugas di sebuah syarikat aplikasi di talian dalam waktu terdekat.

Katanya, peluang bekerja di syarikat berkenaan akan dimanfaatk­annya untuk menimba pengalaman dan mencungkil lagi potensi dalam menjadi juruvideo yang lebih baik.

“Sebenarnya, saya lebih cenderung menghasilk­an dokumentar­i namun tidak banyak tawaran sebegitu berbanding permintaan untuk mengambil video perkahwina­n dan promosi perniagaan.

“Jadi, setiap kali berpeluang melancong, saya akan gunakan kesempatan itu untuk merakam video pemandanga­n di sesuatu negara.

“Bukan saja sebagai kenangan tetapi lebih kepada kepuasan kerana menghasilk­an video berkenaan memerlukan skil, kreativiti dan ketelitian yang tinggi,” katanya yang bercadang menyertai pertanding­an video multimedia bagi kategori terbuka.

ARIF tekad memilih kerjaya sebagai juruvideo selepas tamat pengajian

VIDEO dihasilkan Arif bersama ahli kumpulanny­a meraih 191,000 tontonan di laman Facebook Kementeria­n Pendidikan Tinggi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.