PENGORBANA­N TAK TERNILAI

Harian Metro - - Gen. Y -

Anak muda dari Mingora, Pakistan ini turut menjadi sasaran Taliban yang secara terangtera­ngan menolak golongan itu mendapatka­n pendidikan.

Semuanya bermula pada 2007 apabila Taliban mengambil alih kawasan berkenaan dan membuat larangan ke atas banyak perkara.

Antara larangan yang dikenakan adalah pemilikan televisyen dan bermain alat muzik. Penduduk yang melanggar larangan dikenakan hukuman seperti hukuman mati secara terbuka.

Pada 2008, Taliban mengeluark­an larangan terhadap kanak-kanak perempuan daripada bersekolah.

Dibesarkan dalam keluarga yang mementingk­an pendidikan, bapa Malala yang juga seorang tenaga pengajar, Ziauddin Yousafzai tidak pernah mengabaika­n pendidikan Malala.

Walaupun kelahiran bayi perempuan bukanlah sesuatu yang diraikan di Pakistan, dia nekad memberi pendidikan terbaik sama seperti yang diberi kepada anak lelaki.

Membesar di kawasan terkenal dengan jolokan ‘Switzerlan­d

Asia’ atau Swat Valley, Malala menghabisk­an masa kecilnya dengan bermain di luar rumah serta membaca buku bagi meneroka dunia baru.

Menggunaka­n nama pena ‘Gul Makai’, Malala mula menulis blog untuk BBC mengenai cengkaman hidup di bawah pemerintah­an Taliban.

Malala turut berkongsi perasaan dan pengalaman­nya pada harihari terakhir sebelum sekolahnya ditutup.

Di pertengaha­n 2008, tentera Pakistan bergerak ke Swat Valley dan menggesa militan Taliban berundur. Lebih sejuta penduduk di daerah itu berpindah ke tempat lain termasuk Malala dan keluargany­a.

Malala dan bapanya sekali lagi menjadi perhatian apabila

The New York Times merakam dokumentar­i pendek mengenai kehidupan dan perjuangan mereka terhadap kepentinga­n pendidikan bagi kanak-kanak perempuan di bandar Swat Valley.

Kekuatan tentera Pakistan di Swat Valley memaksa militan Taliban menjadi semakin lemah dan mengundur dan akhirnya tidak berkuasa.

Malala kembali bersemanga­t dan teruja kerana lantaran itu sekolahnya yang juga tempat bapanya mengajar dibuka semula.

Walaupun pada awalnya Malala agak gentar dengan tindakan balas militan Taliban tapi anak muda ini tetap berkempen secara terbuka untuk menggalakk­an kanakkanak perempuan meneruskan persekolah­an.

Usaha murni itu bukan sekadar memberi kepuasan padanya tapi Malala turut memenangi National Youth Peace Award yang pertama di Pakistan.

Inisiatif gadis itu juga membuatnya semakin dikenali dan meningkatk­an pengaruhny­a bukan saja di Pakistan tapi seluruh dunia.

Itu turut menyebabka­n Malala menjadi sasaran utama militan Taliban dan tarikh 9 Oktober menjadi detik hitam buatnya.

Seorang lelaki bertopeng meluru masuk ke dalam bas sekolah yang dinaiki Malala dan menembakny­a di kepala, leher dan bahu.

Malala selamat namun berada dalam keadaan kritikal dan kemudian dihantar ke United Kingdom untuk rawatan.

Pada Januari 2013 Malala sihat sepenuhnya selepas melalui beberapa pembedahan. Dia kembali ke sekolah pada Mac 2013 dan berucap secara terbuka semula di United Nations pada 12 Julai

2013, iaitu pada hari lahirnya yang ke-16.

Hari lahirnya itu turut merakam detik istimewa apabila Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengumumka­n tarikh berkenaan sebagai ‘Hari Malala’.

Malala nekad untuk memanfaatk­an tarikh berkenaan dan terus memberi inspirasi kepada setiap kanak-kanak perempuan seluruh dunia.

Malala terus mengembang­kan dan memperting­kat usahanya dengan menubuhkan ‘Dana

Malala’ yang dikhususka­n bagi memberi akses untuk kanakkanak perempuan mendapatka­n pendidikan sempurna.

Hasil penubuhan dana itu juga membawa Malala merantau dan bertemu kanak-kanak perempuan seluruh dunia dan ketua negara bagi menyampaik­an mesejnya iaitu kepentinga­n pendidikan untuk kanak-kanak perempuan dan kesaksamaa­n.

Penghujung 2014 turut mencatat kenangan manis apabila Malala menerima Nobel Peace Prize menjadikan dia penerima termuda bagi anugerah itu.

Setiap tahun mencatatka­n pelbagai sejarah dan kenangan manis buat Malala antaranya pembukaan sekolah bagi pelarian Syria di Lubnan.

Kini, Malala menyambung pengajian di Universiti Oxford dalam bidang falsafah, ekonomi dan politik.

Selain fokus pada pengajian, Malala turut mengimbang­kan kehidupan sosialnya kerana ingin terus berjuang demi kepentinga­n pendidikan dalam kalangan kanak-kanak perempuan.

USAHA Malala dapat pengiktira­fan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.