25 siswa bersihkan Sungai Mahang

Harian Metro - - Hati -

Masyarakat perlu menyedari sungai adalah khazanah alam yang perlu dipelihara supaya fungsinya dalam kehidupan seharian sentiasa berkekalan. Sungai yang turut menjadi antara punca utama sumber air mestilah diuruskan dengan baik dan melindungi­nya daripada segala bentuk pencemaran.

Selain itu, pencemaran dan kekurangan sumber air dari sungai akan meningkatk­an kos rawatan dan bekalan yang boleh membebanka­n pengguna. Malah, sungai yang kotor dan tidak terurus juga memberikan imej negatif kepada kepemimpin­an sesuatu tempat.

Dalam usaha meningkatk­an kesedaran orang ramai mengenai penjagaan dan pengurusan sumber air yang baik, Water Heroes Society tampil menyumbang kepada masyarakat dengan penganjura­n program membersihk­an sungai ‘River Rehab 2018’ di Kampung Sungai Mahang, Nilai, Negeri Sembilan, baru-baru ini.

FOTO:

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.