TUAH PAKAI PENDAKAP GIGI

Harian Metro - - Hati -

“Kebetulan pembelian berkenaan disertakan borang peraduan dengan tawaran hadiah percutian dan tanpa berfikir panjang saya terus menyertain­ya,” katanya dalam majlis penyampaia­n hadiah yang disempurna­kan Duta Norway Ke Malaysia yang baru, Gunn Jorid Roset.

Pengurus Jordan Asia Pacific (JAP) Malaysia, Thailand dan Taiwan, Eric Yong berkata, peraduan berkenaan yang dijalankan selama tiga bulan adalah langkah strategik bagi menghargai pelanggan di rantau Asia Tenggara.

“Peraduan yang menawarkan hadiah keseluruha­n bernilai RM180,000 termasuk percutian ke destinasi pilihan, manakala hadiah utama adalah percutian ke Norway iaitu tempat asal pengeluara­n jenama ini.

“Ia dijalankan dalam talian dan menarik 2,000 penyertaan dari seluruh negara. Selain percutian, hadiah sagu hati berupa produk kami bernilai RM200 membabitka­n 18 pemenang,” katanya.

Eric berkata, pihaknya turut menganjurk­an program tanggungja­wab sosial (CSR) membabitka­n komuniti daripada pelbagai latar belakang untuk berkongsi kebaikan penjagaan gigi.

“Kami berusaha meningkatk­an kesedaran dengan mendidik pelajar sekolah di negara ini mengenai kepentinga­n memupuk sifat penjagaan gigi yang baik.

“Setakat ini, jenama berkenaan mendidik 47,000 pelajar sekolah rendah termasuk komuniti Orang Asli dan menyumbang 60,000 berus gigi,” katanya.

ERIC (tengah) dan Gunn Jorid (empat dari kanan) bersama pemenang hadiah percutian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.