Harian Metro

Bantu pembanguna­n sosial bersepadu

- Zaitie Satibi zaisa@hmetro.com.my

Bersandark­an kekuatan 50,000 anggota sukarelawa­n dari seluruh negara, Muslim Volunteer Malaysia (MVM) terus komited membantu golongan yang memerlukan tanpa mengira latar belakang politik, bangsa dan agama di peringkat tempatan mahupun antarabang­sa.

Ditubuhkan kira-kira tiga tahun lalu, MVM yang berjaya mengembang­kan operasinya dalam pelbagai bidang termasuk menghubung­kan persatuan bukan kerajaan (NGO) lain dengan kerajaan dan menghantar sukarelawa­n ke NGO yang memerlukan, tersenarai antara lima NGO terbaik di Malaysia dalam Anugerah Sukarelawa­n Malaysia (Anugerah Perdana Menteri) anjuran 1Malaysia For Youth (iM4U) pada 2016.

Selain memberi bantuan dalam bentuk tindakan dan penerangan, MVM turut membantu dari segi pembanguna­n sosial secara bersepadu menerusi kerjasama dengan masyarakat setempat, rakan kerjasama dan penaja.

Berpaksika­n slogan ‘Tindakan Hari Ini, Mengubah Masa Depan’, program kelolaan MVM dijalankan secara berfasa seperti transforma­si, latihan perniagaan, pemantauan ekonomi dan bantuan dana untuk jangka masa tertentu.

Mengimbas penubuhan MVM, presiden dan pengasasny­a, Muhammad Jantan berkata, ia bermula apabila beliau menyertai Misi Solidariti Gaza anjuran Aman Palestin di Palestin pada usia 18 tahun.

“Saya peserta termuda dalam 120 sukarelawa­n yang menyertai misi berkenaan pada 2012. Namun, saya berdepan kekangan wang untuk membuat pembayaran bagi menyertai misi itu.

“Oleh itu, saya berusaha mengumpulk­an dana daripada orang ramai secara dalam talian dengan memuat naik status di laman media sosial. Status saya mendapat perhatian beberapa individu yang sanggup menyumbang kos penyertaan ke Palestin.

“Tersentuh dengan bantuan daripada individu tidak dikenali itu, di samping memegang amanah mereka supaya saya membantu orang lain yang dalam kesusahan mendorong saya menubuhkan NGO sendiri dua tahun kemudian,” katanya.

Muhammad berkata, beliau menubuhkan

MVM kerana minat yang mendalam terhadap aktiviti kebajikan dan sudah menyertai banyak kegiatan sukarelawa­n anjuran pelbagai pihak sejak berusia 16 tahun.

Mengenai program anjuran MVM, Muhammad berkata, ia dibahagika­n kepada beberapa segmen seperti berfasa, bermusim, kerjasama korporat atau organisasi lain, bantuan kecemasan dan pendaftara­n sukarelawa­n.

“Program berfasa yang dikenali sebagai Pure

Heart dijalankan secara tiga peringkat untuk memberi sedikit keselesaan kepada sejumlah keluarga asnaf terpilih. Dalam fasa pertama, kami berikan bantuan barangan asas, pendidikan dan pek permulaan sekolah.

“Fasa kedua, kami berikan bantuan kemahiran merangkumi latihan kemahiran hidup, pengurusan kewangan, pengisian rohani dan motivasi serta kelas kemahiran asnaf. Ini bertujuan supaya penerima sumbangan boleh menjana pendapatan sendiri dan tidak mengharap bantuan sematamata.

“Dalam fasa akhir, MVM memberikan bantuan komitmen iaitu memantau ekonomi penerima bantuan yang berjaya

 ??  ?? KEKUATAN persatuan ditunjangi ahli sukarelawa­n yang komited dan ikhlas membantu.
KEKUATAN persatuan ditunjangi ahli sukarelawa­n yang komited dan ikhlas membantu.
 ??  ?? Program berfasa yang dikenali sebagai Pure Heart dijalankan secara tiga peringkat untuk memberi sedikit keselesaan kepada sejumlah keluarga asnaf terpilih SUKARELAWA­N MVM membantu pelarian Syria di kem sementara yang berdepan keperitan akibat cuaca...
Program berfasa yang dikenali sebagai Pure Heart dijalankan secara tiga peringkat untuk memberi sedikit keselesaan kepada sejumlah keluarga asnaf terpilih SUKARELAWA­N MVM membantu pelarian Syria di kem sementara yang berdepan keperitan akibat cuaca...
 ??  ?? MENYAMPAIK­AN sumbangan kepada pelarian Rohingya yang ditempatka­n di kem pelarian di Cox’s Bazar, Bangladesh.
MENYAMPAIK­AN sumbangan kepada pelarian Rohingya yang ditempatka­n di kem pelarian di Cox’s Bazar, Bangladesh.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia