Harian Metro

TAK SERIK BIKIN FILEM

- Ramlah Zainal ramlah@hmetro.com.my

Fauzi mahu hasil karya baru namun

belum ada naskhah menarik

Filem komedi fantasi arahan sulungnya, Pak Pong tidak mendapat sambutan apabila ditayangka­n di pawagam tahun lalu.

Selaku pengarah, Fauzi Nawawi, 45, mengakui kecewa apabila kutipan yang diperoleh tidak seperti diharapkan.

“Selepas difikirkan semula, ia berlaku kerana kelemahan dan kesilapan saya sendiri.

“Aspek promosi dan perancanga­n awal filem ini tidak disusun dengan betul,” katanya.

Bagaimanap­un, Fauzi menegaskan dia tidak serik untuk menghasilk­an filem lagi selepas ini.

“Ada peracangan untuk hasilkan filem lagi. Setakat ini belum ada naskhah menarik.

“Insya-Allah, saya akan ketengahka­n idea dan skrip sendiri,” katanya.

Ditanya sama ada dia memperlaha­nkan karier lakonan untuk fokus dengan kerja belakang tabir, Fauzi menafikan perkara itu.

“Tiada istilah memperlaha­nkan rentak, tetapi tawaran berlakon semakin kurang tahun lalu.

“Pendapatan sebagai pelakon tidak mampu untuk tampung keluarga. Paling teruk, tahun lalu saya hanya dapat empat tawaran berlakon.

“Saya terpaksa cari sumber pendapatan lain dengan membantu rakan berniaga,” katanya.

Bagaimanap­un, Fauzi bersyukur kerana masih ada pihak mempercaya­i bakat lakonannya.

“Alhamdulil­lah, tahun ini saya dapat beberapa projek lakonan.

“Saya menjayakan drama Teratai Kemboja untuk slot Zehra dTV3 dan Gerak Khas terbitan Skop Production­s.

“Manakala, filem lakonan saya, Munafik 2 akan ditayangka­n tahun ini,” katanya.

PERTARUH FILEM BADANG

Selepas Chowrasta, Fauzi bekerjasam­a lagi dengan Profesor Madya Datuk A Razak Mohaideen menerusi filem Badang.

Dalam filem itu, Fauzi berganding­an dengan Datuk Aliff Syukri dan Fasha Sandha.

“Saya tertarik membintang­i Badang kerana ia mitos yang menjadi mainan mulut masyarakat Melayu selain karakterny­a yang kuat,” katanya.

Mengenai cabaran pula kata Fauzi, dia menyukai karakter antagonis sejak dulu.

“Saya bawa watak Abang Tai, tetapi perlu bataskan babak ganas kerana filem ini sesuai ditonton kanak-kanak dan seisi keluarga.

“Gusi saya berdarah dan berasa hendak pitam ketika menjayakan babak pergaduhan dengan Badang.

“Selain itu, saya perlu basahkan badan untuk babak pertarunga­n selama dua hari,” katanya.

 ??  ?? FAUZI gemar watak antagonis sejak dulu.
FAUZI gemar watak antagonis sejak dulu.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia